Inilah Kisah Pemuda Menjaga Babi Di Zaman Nabi Musa…Tetapi Akan Berjiran Dengan Nabi Musa Disyurga Kelak

Sejak semalan,media sosial telah digemparkan dengan berita manusia kembar buaya.Seorang wanita yang dikenali sebagai Puan Asmah tetap memelihara anak kembar buaya yang dinamakan Nurhasanah 27 tahun.Adiknya lelaki manusia biasa bernama Masroni dikatakan pernah dihalau oleh orang kampung kerana dihina.

Berikut kisah yang dikongsi oleh: Rozita Ibrahim

Iktibar yg sy dapat dlm kembara cari ilmu herba jejaki rawatan sufi ..singkap KEBESARAN ALLAH utk sy lihat..Niat sy ambil iktibar dlm hati sgt sy jaga akidah..

apa yang sy lihat kekuatan kasih sayang seorang ibu bila perhilitan dan kerajaan mahu mengambil anaknya ini terletak di Taman Haiwan.. dia merelakan tapi dengan syarat jangan dicampur anak saya ini dengan buaya lain..

Akhirnya mereka mengalah x jd ambik..

Masa sembang dengan ibunya dan ustaz Amin kami bercerita tentang kebesaran Allah buaya ini menangis dia batuk dan bersin sama seperti manusia..


Ya Rabb x tercapai akal hamba ini ilmu yang maha Allah maha luas..

Hasil perkongsian kisah ini dilaman Facebook milik Puan Rozita Ibrahim,telah timbul perbagai reaksi didalam kalangan masayarakat. Ada yang percaya,manakala ramai juga yang mengecam perkongsian kisah ini kerana dikatakan khurafat dan tahyul.

Namun begitu,pihak kami tidak dapat membuktikan kebenaran dan kesahihan khabar ini,tetapi kami beranggapan tiada yang mustahil perkara ini benar-benar terjadi kerana kuasa Allah Yang Maha Besar. Masyarakat mungkin terlupa atau tidak tahu tentag kisah Nabi Musa Alaihisalam.Ketika Nabi Musa Alaihisalam hidup beliau telah bertemu dengan seorang lelaki yang menjaga dua ekor babi yang dikatakan itu adalah ibu bapanya.

Berikut adalah kisahnya..
Kisah Nabi Musa: Anak Yang Menjaga Ibu Bapa Disumpah Menjadi Babi

Bukankah Allah berfirman di dalam Al Quran mengenai manusia yg disumpah menjadi babi dan kera kerana kederhakaannya kepada Allah. Cerita yg dikira pelik ghoib ini mungkin berkaitan hanya Allah Al Alimul Ghoibi sahaja yg Maha Tahu dan mendalam pengetahuannya. Kisah ini kisah lama yg sering diceritakan sebagai teladan dan kita kutip lalu kongsikan bersama.

Nabi Musa memang terkenal gigih bertahun tahun berjalan dengan kembara ilmu nyata dan ghaib yg diberi Allah dalam kenabiannya hinggalah kemuncak dia menerima Taurat dan kembali kepada kaumnya sehingga fizikalnya dikatakan tidak lagi dikenal oleh pengikut pengikutnya berubah kerana berkat wahyu itu atau kelebihan yg diberi Allah lantaran Allah jua – Moga bermanfaat Alhamdulillah – Ana Ghoib Al Hina

Tersebutlah al-kisah, Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah SWT. Setip kali baginda hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah SWT.
Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah,
“Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”
Allah pun mejawab dengan menyatakan nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju tempat yang diberitahu oleh Allah SWT

Akhirnya, Nabi Musa berjumpa dengan orang yang maksudkan, lalu Nabi Musa memberi salam, lalu dijemput masuk ke dalam rumah orang lelaki itu. Nabi Musa dipersilakan duduk, namun lelaki itu meminta izin untuk menyiapkan tugasnya terlebih dahulu. Maka  tunggulah Nabi Musa sementara orang tu siapkan kerja sambil Nabi Musa tertanya-tanya kenapa lelaki itu boleh menjadi jirannya di Syurga kelak.

Tidak lama kemudian, dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.Babi itu dibersihkan dan di mandikan dengan baik. kemudian babi itu, dilap sampai kering serta dipeluk cium dan dihantar semula ke bilik. Tidak lama selepas itu, dia keluar sekali lagi dengan membawa seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta dicium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

mahu kah kita menjaga ibu ayah sekiranya menyerupai khinzir?

Selesai sahaja kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa.
“Wahai saudara! Apa agama kamu?”

“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
“Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Sebenarnya kedua-dua babi itu ialah ibu bapa kandungku. Oleh sebab mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain, itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku,”
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah, agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah belum memakbulkannya lagi,”tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
“Wahai Musa inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada ibu bapanya. Ibu bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami.”

Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Oleh sebab dia telah berada di maqam anak soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat ibu bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah kami pindahkan ke dalam syurga.”

Itulah berkat doa anak yang soleh.Sejahat mana pun ibu atau bapa,kita sebagai anak berbuat baiklah pada kedua orang tua kita.Mohon lah supaya mereka berubah.Tidak cukup sekadar berdoa sahaja, bahkan berbaktilah kepada ibu bapa dengan penuh keikhlasan.  Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu bapa yang akan masuk kedalam neraka hingga dapat berpindah ke syurga. Subhanallah

Kesimpulannya: Teladan daripada kisah ini yang diperolehi adalah,tiada yang mustahil bagi Allah untuk menjadikan sesuatu. Masyarakat kita telah terbiasa diajar dengan hanya pemikiran logik sehinggakan perkara yang berlaku diluar kotak pemikiran manusia sukar diterima oleh masyarakat.

Cuba anda bayangkan sekirannya kita hidup di zaman Nabi Muhammad,dan beliau mengatakan beliau telah pergi ke Palestin dan naik kelangit hanya dalam satu malam.Perkara tersebut diluar pemikiran logik bukan? Tetapi ianya benar.Maka sesiapa yang berfikiran logik ketika itu kami percaya ramai meninggalkan Islam.Begitu juga di zaman nabi Musa Alaihisalam mempunyai kisah Allah telah menyumpah kaum yahudi yang ingkar perintah Allah menjadi kera. Kisah ini terdapat didalam Al-quran. Oleh itu sekiranya kita tidak mengetahui tentang sesuatu lebih baik diam daripada menulis komen-komen berbaur hinaan kepada keluarga tersebut kerana Allah lebih mengetahui segalannya. Wallahualam.

Rujukan:  malaysianreview.com

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuindah

(Visited 23 times, 1 visits today)