10 Jenis Durian Yang Anda Wajib Makan Selain Musang King

10 Jenis Durian Yang Anda Wajib Makan Selain Musang King


1. D24
Warna: Kuning
Rasa: Berkrim dan juga pahit
Asal: Johor, Pahang, Cameron Highlands

2. D1
Warna: Kuning pucat
Rasa: Bijinya kecil dan ada sedikit rasa susu. Isinya mudah terpisah dari biji dan sedikit rangup di permukaan
Asal: Johor

3. D13
Warna: Oren
Rasa: Manis, kurang berbau dan rasa manisnya tidak terlalu kuat. Durian ini mempunyai biji yang besar. Sesuai buat orang yang pertama kali mencuba durian.
Asal: Johor, Segamat

4. Little Red
Warna: Kemerah-merahan
Rasa: Kadang kala pahit dan kadang kala manis, sedikit rasa masam yang agak unik dirasai selepas makan.
Asal: Balik Pulau, Penang

5. D101
Warna: Kuning Kusam
Rasa: Rasanya sedikit manis dan berkrim
Asal: Pahang, Johor

6. Red Prawn
Nama Lain: Hong Xia, Ang Hay
Warna: Jingga kemerahan
Rasa: Sedikit melekit dan manis
Asal: Pahang, Johor

7. Black Pearl
Warna: Kuning pucat
Rasa: Sedikit pahit, berlemak dan mempunyai biji yang kecil
Asal: Johor

8. Golden Phoenix
Warna: Kuning pucat dan keputihan
Asal: Pahang, Johor
Rasa: Pahit dengan tekstur agak berair dan bau yang tajam

9. XO
Warna: Kuning pucat
Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands
Rasa: Pahit dan lembut, isinya tebal.

10. Green Bamboo/ Tek Kah
Warna: Kuning kusam beserta kehijauan

Rasa: Manis dan isinya mempunyai serat makanan.

Asal: Johor, Genting, Cameron Highlands

Dan tahukah anda mengikut Wikipedia, sebenarnya di Malaysia terdapat 199 klon durian telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian sejak tahun 1934 untuk dijadikan piawaian kepada durian.Penggunaan istilah klon mewakili cara varieti pokok durian itu dibiakkan iaitu dengan teknik tampang. Setiap klon adalah unik dan mempunyai ciri-ciri tersendiri sama ada dari segi fizikal mahupun rasa. Terdapat beberapa usaha meningkatkan lagi klon durian di Malaysia yang telah dijalankan oleh MARDI Perak – Sumber

Selamat berpesta durian dan jumpa lagi di minggu hadapan!