10 Kajian Saintifik Mengapa Khinzir Haram Kepada Manusia

Umum mengetahui khinzir adalah haram sama ada disentuh, dibela atau dimakan oleh manusia. Bukan hanya kepada umat Islam sahaja, khinzir juga diharamkan kepada semua umat manusia kerana segala perkara yang membawa kemudaratan adalah haram bagi manusia.


Namun, sebagai orang Islam, kita perlu mematuhi larangan Allah terhadap khinzir yang telah termaktub di dalam surah Al-An’am ayat 145:

“Katakanlah: Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor, atau binatang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Rabbmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang,” (QS. 6:145)

Malah, dalam kitab Injil juga melarang umatnya daripada memakan daging babi, iaitu dalam ayat Leviticus 11: 7-8 :

“Dan khinzir, walaupun kakinya terbahagi dan terbelah, namun ia tidak mengunyah dengan habis, dan ia tidak bersih untuk kamu,”

“Jangan kamu makan dari dagingnya, dan jangan kamu sentuh bangkainya, kerana ia kotor dan haram bagimu,”

Saintis-saintis juga telah membuktikan secara saintifik bahawa khinzir sangat tidak layak untuk dimakan. iluminasi.com ingin berkongsi 11 sebab saintifik mengapa Islam mengharamkan khinzir.

1. Makan semua benda termasuk benda kotor

Khinzir adalah spesis haiwan yang makan segala benda yang boleh dimakan, segalanya. Antaranya termasuklah najis mereka, pertumbuhan barah pada badan khinzir lain, pelbagai jenis serangga, daging haiwan yang mereput, dan minum air kencing sendiri.

2. Serap toksin dengan baik

Berbanding haiwan-haiwan lain, daging khinzir menyerap toksin dengan lebih baik. Toksin-toksin ini akan masuk ke dalam daging dan membuatkan daging khinzir berbahaya untuk dimakan. Terdapat juga bakteria dan parasit berbahaya di dalam badan khinzir seperti eperythrozoon, stephanurus, metastrongyfus dan banyak lagi.

3. Tak berpeluh

Khinzir adalah satu-satunya mamalia yang tidak berpeluh, dan ini membuatkan toksin yang sepatutnya keluar melalui peluh kekal dalam badan khinzir dan bergabung bersama daging. Dan untuk menyejukkan badan, khinzir akan berendam dalam lumpur.

4. Beracun

Khinzir atau babi sangat beracun dan tidak akan mati jika mereka cuba dibunuh menggunakan strychnine (racun rumpai) atau racun-racun lain.

5. Tidak tergugat dengan racun ular

Penternak khinzir biasanya tidak risaukan kehadiran ular orok-orok, kerana walaupun dengan patukan beracun ular ini, tidak dapat membunuh khinzir yang sememangnya sudah beracun

6. Tidak selamat walaupun dimasak

Tidak ada suhu yang selamat untuk memasak daging khinzir bagi memastikan parasit dan bakteria dalam daging khinzir tersebut mati.

7. Terlalu banyak lemak

Lemak pada daging khinzir lebih banyak 2 kali ganda dari daging lembu yang mana tidak baik untuk kesihatan.

8. Tidak hadam makanan dengan baik

Khinzir memerlukan masa yang lama untuk menghadam makanan kotor yang dimakan dan menjadi daging, berbanding lembu yang mempunyai 4 perut dan hadam dalam masa yang singkat.

9. Pembawa penyakit

Sebanyak 30 jenis penyakit dibawa oleh khinzir dan sangat mudah untuk dipindahkan kepada manusia, seperti virus H1N1, walaupun dengan sentuhan pada bangkainya. Daging khinzir juga boleh menyebabkan penyakit seperti kepialu, artritis, penyakit sendi, keradangan pada lapisan perut, multiple-sclerosis (ganggu badan dan otak), meningitis, dan masalah hempedu kekal.

10. Saluran najis pada kaki

Disebabkan daging khinzir terlalu kotor dan beracun, terdapat saluran najis melalui kedua-kedua belah kaki dengan lubang pada tapak kaki khinzir. Lubang-lubang ini mengeluarkan nanah dan kotoran yang tidak dapat melepasi sistem badan khinzir, yang mana masuk ke dalam daging.

Rujukan:

1. Biblehub.com

2.Iluminasi.com