“10 Tahun Derita Jadi Isteri Kedua, Mas Kahwin Pon Tak Pernah Bagi Apatah Lagi Nafkah, Apa Saya Dapat Masuk Dalam Jel”

Foto sebagai hiasan sahaja.

Assalamualaikum. Saya Sufia. Sekarang umur 34 dan dipisahkan 2 tahun yg lalu. Saya berkahwin pada usia 23 tahun dengan lelaki berumur 47 tahun (pada masa tu) sebagai isteri ke-2. Jurang usia 24 tahun kadang buatkan orang salah faham, yg dia adalah ayah saya. Hampir sepuluh tahun lamanya pernikahan kami. Sebagai anak tidak sah taraf, saya tak pernah berharap akan berkahwin kerana pernah berkali hubungan cinta saya kecundang di tengah jalan kerana status saya. Boleh bayang kan apa perasaan bila ada lelaki cakap, “saya minta maaf, hubungan kita setakat ni saja, mak ayah saya tak setuju hubungan kita”. Bukan sekali tapi berkali2.. ada juga yang beria2 pada mulanya kemudian senyap membisu apabila dapat tahu cerita saya. Hilang bak angin lalu. Jadi hati saya seakan dah kebal.

Dan dengan dia, dia muncul di saat saya ketakutan. Takut mengenangkan nasib saya pada masa depan. Takut apa yang akan jadi saya kalau2 mak dan ayah (mak & ayah angkat yang membela saya dari umur 2 hari) pergi dulu… siapa yang akan jaga saya. Pendeknya akal masa tu. Kalau lah KRT ni dah ada masa tu, saya rasa pertimbangan saya akan lebih waras.
Dengan akal yg waras, TIDAK ADA SIAPA PUN MAHU ATAU PERNAH MENYIMPAN ANGAN-ANGAN UNTUK BERKAHWIN DENGAN ORANG TUA APATAH LAGI MENJADI ISTERI KE-2. TIDAK ADA. Tapi sebagai lelaki dewasa, dia berumahtangga, ayat2nya memang tak mampu saya bangkang. Semua logik. Katanya; kahwinlah dengan dia, dia akan jaga saya. Kita akan mulakan keluarga baru dan saya akan ada ikatan sendiri nanti (anak). Dia tak akan abaikan saya. Dengan status saya tak ada pilihan, tak akan ada orang bujang yg nak kan saya. Keluarga mereka mesti nak kan menantu dari keturunan baik2. Itu kata dia. Logik akal saya masatu, “betul kata dia”.

Berkahwin lah kami di Thailand dengan mas kahwin RM80 yang sampai sekarang tak di beri Mak ayah angkat saya tahu tentang hal ni dan saya tahu mak sedih. Tapi kata mak, buatlah apa yg saya rasa betul. Apa saja yg buatkan saya bahagia, dia pun akan bahagia. Perkahwinan kami, umpama hanya perkahiwnan atas kertas. Selepas berkahwin, baru saya tahu belangnya. Perempuan keliling pinggang. Nafkah entah kemana. Dan kami, tidak pernah tinggal bersama. Hampir setiap hari saya diperli dan dikutuk. Pantang tanya sikit, terus di marah. Walau dia tidak balik, tapi gigih dia call atau text saya semata2 untuk memaki hamun saya.

Isteri pertama, saya tahu dia marahkan saya. Tapi saya sedar di mana kedudukan saya dan saya tidak pernah mencari pasal dengannya. Dia pun tidak pernah mengapa2kan saya. Mungkin dia pun sudah lali dengan perangai suaminya. Dengan keadaan perkahwinan yang sebegitu. Alhamdulillah, saya tidak dikurniakan zuriat. Masuk tahun ke-10, kesabaran saya sudah berakhir. Kisah curang suami saya dengan perempuan simpanannya yg juga isteri orang buatkan saya sudah tidak mampu bertahan. Saya sedih. Bukan kerana cemburu. Sayang juga jauh sekali. Tapi mungkin lebih kerana memendam perasaan. 10 tahun hidup saya tersiakan. Di bawa balik teman wanitanya ke rumah saya sewaktu saya tiada. Emosi mengatasi akal, saya sentuh dengan kasar teman wanita dia sekuat hati saya. Sehingga dia dimasukkan ke hospital.

Mungkin ada yang mempertikai, buat apa belasah si perempuan..betul, tindakan saya tidak patut. Tapi masa tu, saya teringat pesanan anak tiri saya yang rapat dengan saya. Dia pernah pesan pada saya, katanya, “walaupun abah macam tu, tapi Manja sayang abah… Manja rayu kat makcik, walau apa pun terjadi, tolong jangan apa2kan abah”… kasihnya seorang anak. Tapi balasan dia? kami berdua di masukkan ke kandang besi. Suami saya sendiri yang melaporkan pada polis yang saya menyentuh teman wanitanya. Anak tiri saya pula di tuduh mengugut. Hebatnya cinta agung mereka. 10 tahun. Segalanya berakhir. Dibuangnya saya sebegitu saja. Sehelai sepinggang tanpa sesen pun nafkah.

Selama saya sendirian, bekas madu saya yang banyak membantu.. tak cukup makan, di hantarkan makan.. tak cukup duit, di hulurkan belanja… mungkin dia kesiankan saya atas apa yang berlaku. Setelah 2 tahun berlalu, saya nak minta pendapat tuan2 dan puan2 di sini… saya nak tahu caranya… Perpisahan kami sudah disahkan di dewan perbincangan. Tapi bagaimana saya nak menuntut nafkah edah & mutaah yang tertunggak ni…1 sen tidak pernah dihulur. Sebelum ni saya mengharapkan dia akan selesaikan di luar dewan perbincangan. Tapi nampaknya dia mengambil kesempatan atas sikap tolak ansur saya.. Betul duit bukan segala2nya.. tapi segala2nya perlukan duit. Sekurang2nya kalau dapat sedikit duit, saya boleh mulakan perniagaan dan bina hidup baru…. P/s: sudah 2 tahun juga bekas suami saya tidak tinggal dengan isteri pertamanya. Dia tinggal dengan teman wanitanya. Suami teman wanitanya pula tinggal di penang…teman wanitanya kini berusia 55ahun.

Sumber: kisahrumahtangga