2 Mayat Warga India Ditemui. Seorang Mati Tergantung Seorang Dalam Bilik Air

SEBERANG PERAI – Dua lelaki warga India ditemui mati dipercayai selepas bergaduh sesama sendiri di sebuah rumah kedai di Taman Bertam Ria, Kepala Batas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, mayat Azad Mubarakbhai, 26, ditemui tergantung pada kipas di tingkat dua rumah kedai berkenaan, manakala mayat Mubarak Ali, 28, dijumpai di dalam bilik air.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang bekerja di sebuah restoran di kawasan itu dipercayai bergaduh sesama mereka.

“Ada kesan pergelutan pada kedua-dua mangsa selain sebilah pisau dijumpai di sebelah mayat lelaki yang tergantung.

“Kedua-dua mereka dipercayai pulang ke rumah selepas tamat bekerja kira-kira pukul 12.30 tengah hari sebelum mayat ditemui oleh rakan sekerja mereka kira-kira pukul 6 petang tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Noorzainy, kejadian dipercayai berlaku ketika hanya mereka berdua yang berada di rumah kedai yang dijadikan asrama pekerja itu.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   “Saya Akui, Saya Memang Tidak Berpuas Hati Kerana…” Video Seekor Tikus Sedang ‘Menjamah’ Ayam Berkuah Viral