22 Jam “Layan” Game Tanpa Henti, Tangan Kiri Kanak-Kanak Ini Lumpuh

Akibat bermain permainan komputer tanpa henti selama 22 jam sehari, seorang remaja lelaki dari Nanjing, China lumpuh tangan akibat strok.

Lelaki itu ditemui ibunya sedang pengsan dan tidak dapat menggerakkan lengan serta tangan kirinya, segera dikejarkan ke Hospital Jianbin dekat wilayah Guangxi pada 9 Julai lalu.

Hasil pemeriksaan medapati, remaja itu disahkan diserang strok akibat daripada bermain permainan video tanpa henti ekoran dari penutupan sekolah selama sebulan.

Menurut ibunya, anak lelakinya itu banyak menghabiskan masa dalam bilik dan hanya tidur dua jam sahaja setiap hari.

Ketika ditanya ibu apa yang dilakukan remaja itu dalam bilik, jawabnya dia sedang mengikuti kelas online.

kredit era

Artikel Berkaitan   Subhanallah… Inilah Tanda - Tanda Kita Dicintai Oleh Allah SWT