3 Punca Yang Korang Kena Tahu Sebab Selalu Rasa Lapar, No 2 Yang Orang Selalu Salah

Pernah tak korang rasa lapar walaupun baru je lepas makan? Akhirnya, korang mengambil keputusan untuk terus mengunyah sepanjang masa dan akibatnya korang akan mengalami kenaikan berat badan.


Sebenarnya, ada beberapa sebab mengapa situasi ini terjadi. Antaranya faktor diet seperti perkara berkaitan tekanan, ketidak seimbangan hormone dan pilihan gaya hidup menyebabkan kita rasa lapar.

Ini tiga alasan atau sebab yang lebih spesifik mengapa rasa lapar walaupun selepas makan:

  1. Kurang Pengambil Protein Dan Fiber, Lebih Carbs Dan Lemak

Makanan yang banyak dengan protein akan membuatkan kita cepat rasa kenyang. Mungkin jumlah portion sama je, tapi makanan yang protein dan berfiber ni rasa kenyang dia lebih cepat.

Makanan yang berfiber pula akan mengurangkan kadar pencernaan. Apabila makanan yang dalam badan tu lambat diproses maka sejenis hormone akan dilepaskan untuk mengurangkan rasa lapar.

  1. Jumlah yang sikit

Ramai orang yang diet mengambil jumlah makanan yang sikit tetapi kalori yang tinggi. Sebenarnya cara ni salah dan akan membuatkan korang stress kerana cepat rasa lapar. Jadi, lebih baik korang makan dalam jumlah yang banyak tapi dengan syarat kalori makanan tersebut sangatlah rendah.

  1. Ketidakseimbangan hormon

Untuk mereka yang mempunyai masalah obesity, kadar hormon leptin meningkat di dalam darah namun tidak dapat dikesan oleh darah. Ini antara punca mengapa seseorang itu cepat rasa lapar.

kredit era