3 Tips Penting Cili Kisar Tahan Lama Lebih 3 Minggu,Tekstur Halus Gebu & Tak Berbau Hapak!

Cili kisar sangatlah penting bagi mak-mak yang suka masakan pedas.Lebih-lebih lagi bagi mak-mak yang rajin memasak, stok cili kisar dalam kuantiti yang banyak memang WAJIB ada untuk memudahkan waktu memasak nanti. Cuma menjadi masalah bila buat cili kisar dalam kuantiti yang banyak ialah ia mudah rosak, tak tahan lama dan berbau hapak.

Ada macam-macam tips yang mak-mak boleh cuba untuk mengekalkan ketahanan cili kisar ini dalam tempoh yang lama. Yang paling penting kaedah pembuatan cili kisar ni kena betul. 3 tips penting yang kena patuhi, cuci cili yang direbus sehingga air bersih, masukkan bawang besar ketika kisar cili dan masukkan air tapisan.

Berikut perkongsian oleh Puan Ya Norma sebagai panduan mak-mak yang nak buat cili kisar agar tahan lama;

“Hari ni saya nak share rahsia cili kisar tahan lama lebih kurang 3 minggu kalau simpan dalam peti ais.Tips ni memang saya tak pakai minyak masak,sebab nanti bila menumis banyak minyak sangat dekat masakan.”

“Tips ni saya dapat dari Mak mertua saya.Bila saya praktikkan sendiri,memang betul tahan lama.Yang penting bila kita tumis cili tu,bau wangi sangatt dan palinggg best sekali tekstur cili kisar dia tu halus gebu je”.

“Nampak tak hasilnya? cili tu macam agar-agar kan bentuk dia?
ok,yang ini selepas saya letakkan dalam peti sejuk setelah beberapa jam, memang tekstur cili kisar akan jadi bentuk lembut mcam agar-agar”.

Cara Membuat:

1. Gunting cili besar nipis-nipis untuk senang keluarkan biji.Saya gunting nipis dan serong.

2. Letakkan cili yang digunting tadi tu ke dalam bekas penapis jarang-jarang macam ni.Ketuk-ketuk sikit penapis tu bagi biji cili keluar.

3. Kemudian basuh cili yang digunting tadi tu dengan air paip kemudian letakkan dalam bekas untuk direbus cili tu.

4. Rebus sehingga mendidih ya, api dapur sederhana saja..sebab nanti kalau api kuat,air mendidih tu menggelegak jatuh ke bawah.

5. Biarkan mendidih seketika..tips saya,saya letakkan senduk tak bagi air menggelegak jatuh ke bawah.

6. Ok dah selesai tutup api dapur, tapis balik cili tadi tu kedalam penapis ni balik.

7. Ini tips penting. Kemudian basuh cili tu dengan air paip bersih-bersih sampai HILANGwarna air basuhan cili tu..ala kalau tengok air basuhan dah jadi warna putih merah sikit tu maknanya dah cuci betul dah laa..jangan pula tunggu sampai warna air jadi putih, memang tak putih la sebab yang dibasuh tu cili berwarna merah.

Tips basuhan ini penting tau,ini untuk mengelakkan cili rebus dari bau hapak..tips dari MIL saya juga.

Dah settle basuh,letak dalam blender yer.

8. Haaa ini lah rahsianya,sebiji BAWANG BESAR.Masukkan sebiji bawang ke dalam mesin blender,potong-potong besar dulu yaa.jangan masukkan seketul besor tu pulakk..rosak blender nanti.

Ikut suka nak letak bawang holland ke bawang besar biasa, kalau saya memang saya letak bawang holland sebab saya suka bau manis bawang dia tu bila kita menumis.

9. Kemudian masukkan air bertapis ke dalam mesin blender tu..agak-agak paras cili tu. Nanti bila dah kisar sekali bawang, memang jadi likat elok.

Kali ni cili kisar saya buat tak banyak,kalau cili tu paras setengah blender,saya letak bawang dalam 2 biji besar.

10. Taraaaa ini lah hasilnya, tak banyak pun sebab stok cili dah habis dah dekat rumah sebab itu lah sikit saja.

11. Nampak tak halus gebu saja hasil blender ni.

Selamat Mencuba dan semoga bermanfaat.

(Visited 620 times, 1 visits today)