36 Peratus Polis Berbadan Gendut, Kerajaan Ini Kata Tiada Kenaikan Pangkat Kalau Badan Gemuk

Anggota polis yang mempunyai berat badan berlebihan di Filipina kini tiada peluang untuk menikmati kenaikan pangkat, menurut jurucakap Polis Kebangsaan Filipiana (PNP).

Menurutnya, sebanyak 36 peratus anggota polis di negara itu berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan, manakala 10 peratus lagi dalam kategori obesiti.

Bagi membendung masalah ini, mereka yang gagal mendapatkan berat badan ideal tiada peluang untuk kenaikkan pangkat.

“Tiada tempoh tertentu untuk anggota mendapatkan berat badan yang ideal. Tetapi mereka harus menunjukkan kesungguhan dan perubahan ketara.

“PNP memberi amaran, kegagalan untuk berbuat demikian boleh menyebabkan peluang untuk kenaikan pangkat sukar atau tertutup sama sekali,” kata Brigadier Jeneral Bernard Banac pada Rabu lalu.

Saranan untuk menurunkan berat badan dalam anggota badan beruniform juga telah disambut baik oleh orang ramai.

Sumber: Sinar Harian

Artikel Berkaitan   “Selamat Kembali Ainul Mardhiah” Netizen Sebak Dengan Perkembangan Yang Positif