“3x seminggu? Ya Allah”- Bapa ‘Kerjakan’ Anak Sejak Usia 6 Tahun, Sekarang Dah Tingkatan 1

Sejak akhir-akhir ni kerap kita dengar berita mengenai bapa rogol anak, datuk rogol cucu, pakcik rogol anak saudara dan banyak lagi.

Tindakan mereka seolah-olah mencabar undang-undang negara sekaligus ‘menafikan’ hubungan kekeluargaan sedia ada, yang sepatutnya menjadi pelindung tapi memilih menjadi pemangsa.

Terbaru, kejadian yang berlaku di Cheras apabila lelaki yang bergelar bapa sanggup merogol anak kandung sendiri sejak enam tahun lalu.

Pelaku yang berusia 39 tahun dan menetap di Cheras dilaporkan melakukan perbuatan terkutuk tersebut sejak anaknya berusia 7 tahun lagi, petik Harian Metro.

Menerusi keterangan, mangsa memaklumkan bahawa padanya mulanya suspek hanya bertindak meraba badan mangsa.Kemudian, suspek semakin berani apabila merogolnya sebanyak tiga kali seminggu,”

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, disebabkan tidak tahan dengan perbuatan keji bapanya itu, mangsa yang kini pelajar Tingkatan Satu menceritakan kejadian tersebut kepada gurunya.

Mangsa bersama gurunya kemudian membuat laporan polis pada pukul 5.30 petang khamis lalu.

Lebih kejam lagi, bapanya itu turut mengugut mangsa bahawa dia akan memukul isterinya (ibu mangsa) sekiranya perbuatan terkutuk dilakukannya itu diceritakan kepada wanita berkenaan, menyebabkan mangsa memilih untuk berdiam diri.

Hasil pemeriksaan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan dan melecet pada bahagian kemaluan mangsa, kini mangsa dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Susulan laporan polis, suspek sudah melarikan diri. Justeru, polis memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan suspek,”

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B kanun Keseksaan (sumbang mahram).

Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian 019-2299906 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan   Inilah Dzikir Paling Disukai Allah yang Menjadi Dzikir Para Malaikat.Jom Amalkan..