4 Benda Remeh Yang Sering Berlaku Dalam Hidup Tapi Sekali Berlaku, Susah Hati. Ikuti Tips Daripada Ustaz Kazim

Tersedak makanan, salah bantal, kaki semut-semut dan lain-lain perkara yang selalu terjadi dekat kita ni nampak remeh. Tapi bila mana tiba-tiba jadi pada kita, barulah kita sibuk telefon mak ayah tanya apa nak buat.


Gelabah dan cemas juga, lebih-lebih bila salah bantal. Boleh hilang mood satu hari. Tak perlu makan ubat atau tanya mak ayah atau juga whatapps seluruh grup minta petua tetapi simpan petua yang dikongsikan oleh ustaz kita ni.

Jom tengok apa Ustaz Kazim Elias ajarkan kalau terjadi perkara-perkara ni. Simpan ya.

  1. Tersedak Makanan

Tak payah susah-susah tapi hanya perlu angkat tangan. Cuba!

  1. Kram Kaki

Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi. Ketika kram kaki kanan, angkat kaki kiri tinggi-tinggi. Segera akan rasa lebih selesa.

  1. Salah Bantal

Kita hanya perlu mengangkat kaki sahaja. Kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dan putar ikut berlawanan arah jam.

  1. Semut-semut atau kebas

Ketika kaki kiri kebas, goncangkan dan ayun telapak tangan dengan sekuat tenaga, dan jika kaki kanan kebas, goncangkan dan ayun tangan kiri dengan kuat.

Kena simpan dan cuba praktikkan ni bila terjadi pada keluarga kita.

Kredit: Twitter Ustaz Kazim Elias