Kesan jin/Syaitan berdamping di dalam badan dengan 3 langkah di bawah Melalui terapi RUKYAH SYARIAH

Mesti di antara kita pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita lihat seperti ada bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika sedang sendiri. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal seperti itu mungkin saja berlaku kerana ada makhluk Allah yang lain di sekitar kita.

 

Tidak dapat disangkal kalau di dunia ini kita hidup bercampur baur dengan makhluk Allah yang lain yg tidak dapat kita lihat yakni kelompok Jin. Kadang-kadang ia tinggal bersama di rumah kita, tidak jadi masalah jika tidak mengganggu kehidupan kita. Tetapi adakalanya ia berada di dalam tubuh kita, sudah pasti ini boleh menyebabkan masalah pada kehidupan kita.

Jin yang menetap di dalam tubuh seorang boleh menyebabkan masalah serius seperti rasa sakit di bahagian badan yang tidak dapat dikesan dengan cara perubatan.Sering punya mimpi buruk, mendengar bisikan- bisikan yang menyuruh lakukan suatu hal. Kadang-kadang emosi tidak menentu serta marah secara tiba-tiba, malas melaksanakan ibadah serta mendirikan solat.

Susah mendapat jodoh, sentiasa bernasib malang dan sebagainya. Sesekali perlu kita untuk mengesan sama ada ditubuh kita ada makhluk jin yang menumpang atau tidak.

Mari kita cuba untuk mengesannya:

Langkah 1
Dengar rakaman RUKYAH SYARIAH yang pada video dibawah ini sehingga tamat (20 minit) memakai headphone dengan volume yang kuat. Ayat yang di baca pada rakaman ini yaitu surat Al Fatihah, Surat Al Baqarah ayat 1-5, serta surat Al Baqarah ayat 102 yang diulang lagi.

Langkah 2
Pejamkan mata dan janganlah mengikuti bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati. Dengar sebetul-betulnya bacaan ayat tersebut.

Langkah 3
Perhatikan selepas itu… Bila anda batuk, berpeluh-peluh, merasa mual, jantung berdegup kencang, merasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening serta menguap,itu adalah petanda jin yang menumpang di dalam badan telah bertindak balas.

Cari ustaz atau tempat rukyah syariah yang boleh menolong bersihkan jin itu dari badan anda. Anda juga boleh lakukan sendiri dengan rukyah mandiri, dengan tingkatkan keimanan serta ketakwaan anda pada Allah. Jin tidak mampu berdiam di dalam badan orang yang beriman serta bertawakal seperti dijelaskan dalam surat An-Nahl ayat 100.

Untuk Rukyah mandiri anda boleh juga memainkan ayat ayat yang digunakan untuk mengesan jin tertulis diatas dengan cara berulang lagi. Mengerti serta resapi erti ayat itu.

Anda boleh dengarkan nada rakaman ayat itu sambil lihat terjemahannya sebagai berikut di bawah ini. Hayati makna ayat itu sehingga anda rasakan hubungan dengan Allah penguasa alam semesta.

Rasakan getaran ilahi dari ayat yang anda dengar, sampai iman serta kepercayaan anda jadi tambah mantap. Insya Allah jin yang bersarang ditubuh anda bakal keluar dengan sendirinya

Yakinlah..segalanya adalah milik Allah s.w.t.

 

Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuindah

(Visited 462 times, 1 visits today)

Add Comment