47 Tahun Lalu Hilang, Kini Cinicn Ditemui Semula, Ada Kisah Yang Terbongkar!

Barang yang hilang jika ditemui semula bagaikan sesuatu yang cukup bertuah buat pemilik barangan tersebut. Ini yang dilalui oleh seorang wanita yang kehilangan sebentuk cincin kira-kira 47 tahun lalu. Wow, lama betul tempoh masa itu! Namun ia berjaya ditemui semula baru-baru ini.

Memetik laporan media antarabangsa, wanita yang bernama Debra McKenna, 63 tahun itu telah kehilangan sebentuk cincin di Maine pada tahun 1973. Pada waktu itu Debra adalah seorang pelajar di Morse High School.

Foto kenangan Debra bersama kekasihnya ketika itu

Menariknya, cincin yang sudah hilang 47 tahun lalu itu ditemui baru-baru ini di sebuah hutan di Finland. Menceritakan mengenai cincin tersebut, ia adalah milik mendiang suami Debra iaitu Shawn. Cincin tersebut diberikan mendiang padanya sebelum ia tertinggal di sebuah pasaraya.

Lebih 40 tahun sejak cincin tersebut hilang, minggu lalu Debra menerima bungkusan berisi aksesori itu menerusi kiriman pos. Difahamkan cincin itu ditemui oleh seorang pekerja logam, Marko Saarinen di lokasi berkenaan.

Marko Saarinen tersebut menjumpai cincin itu menggunakan pengesan logam di sebuah taman pinggir bandar Finland.

Cincin lama yang ditemui kembali

Menurut Marko Saarinen, cincin itu terukir perkataan ‘Morse High School’ dan dari situ dia dapat mengesan pemilik cincin berkenaan. Dia kemudiaannya menghubungi persatuan alumni sekolah itu dan mendapati cincin istimewa tersebut adalah milik Shawn.

Wow, memang bertuah pemilik cincin ini! Siapa sangka cincin yang hilang lebih dari 40 tahun boleh ditemui semula bukan?

Sumber: Bangordailynews

Artikel Berkaitan   Lapangan Terbang Berbentuk Tapak Sulaiman Pertama Dalam Dunia Bakal Siap, Reka Bentuk Yang Sangat Unik