Pakar Ramal Asteroid Akan Melintasi Bumi Pada Isnin Depan, Ia “Berpotensi Berbahaya”

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika atau singkatannya NASA, telah meramalkan asteroid 2020 QL2 akan berada hampir dengan bumi minggu hadapan.

Menurut NASA, asteroid yang mempunyai saiz kira-kira 120 meter akan melintasi bumi dengan kelajuan 38624 km/j pada 14 September jam 11.50 malam (waktu tempatan).

NASA tetap melabelkan asteroid berkenaan sebagai “berpotensi berbahaya” meskipun ia berada pada jarak 7,483,449.6 kilometer dengan bumi.

Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu merasa panik kerana kebarangkalian untuk asteroid itu menghentam bumi adalah sangat rendah.

Meskipun begitu, NASA tetap mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seandainya ia memberikan ancaman kepada bumi seperti kaedah ‘nuclear fusion’ yang mana ia akan merubah kelajuan asteroid berkenaan tanpa menghancurkannya.

kredit era

Artikel Berkaitan   3 Kebaikan Yang Anda Akan Alami Sekiranya Makan Brokoli, No 1 Tu Yang Paling Mahal