Lelaki Mesir Mengadu Sakit Perut Misteri, Sekumpulan Doktor Terkejut Menemui Wang, Paku Dan Pemeti Api Dalam Perutnya

Sekumpulan doktor yang menjalankan pembedahan terkejut selepas menemui wang kertas 6,500 pound Mesir dari perut seorang lelaki negara berkenaan.

Bukan itu sahaja, objek lain seperti paku dan pemetik api juga ditemui selepas beliau menjalani pembedahan di Hospital Qasr El Eyni, dekat Kaherah, Mesir.

Pada mulanya, lelaki itu mengadu rasa sakit perut dan merujuk ke hospital berkenaan sebelum menjalani pembedahan.

Beliau mengaku kepada kakitangan hospital bahawa dia menelan objek-objek berkenaan dalam jumlah yang banyak dalam jangka masa lama.

DATUK SERI MUKHRIZ MAHATHIR

Meskipun objek-objek itu berjaya dikeluarkan, doktor mengesahkan lelaki itu menghidap jangkitan pada bahagian perut dan juga usus.

Tidak dapat dipastikan mengapa lelaki itu menelan objek-objek berkenaan, namun semestinya ia sangat mengerikan.

kredit era

Artikel Berkaitan   Haaa, Nilah Hasilnya Tanam Pokok Jambu Guna Kaedah “Cutting”, Kecik Lagi Dah Berbuah, Banyak Merimbun Hasilnya