Burger Ramly Akan “Terbang” Di Atas Awan, Tony Fernandes Beri Bayangan Positif

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Kagum akan kejayaan Ramly Burger, pengasas AirAsia membayangkan produk usahawan Bumiputera itu bakal “terbang” di awan biru.

Jelas Tan Sri Tony Fernandes, pertemuan telah diadakan bersama pemilik Ramly Burger iaitu Datuk Ramly Mokni bagi membincangkan mengenai masa depan kedua syarikat itu.

“Akhirnya bertemu hero saya #RamlyBurger. Hero Malaysia. Kisah yang menarik.

“Burger Ramly di AirAsia tidak lama lagi? Saya membesar makan burger Ramly. Banyak peluang pekerjaan dicipta olehnya.

“Kisah kejayaan sebenar rakyat Malaysia,” katanya di media sosial, hari ini.

Sebelum ini, Tony dilihat begitu berminat dengan perniagaan membabitkan makanan dan minuman terutama dengan pembukaan beberapa cawangan restoran Santan di sekitar Lembah Kelang.

Sementara itu, kebanyakan warga maya memberi reaksi positif seandainya produk Ramly Burger dapat dihidangkan dalam setiap pesawat AirAsia.

JD Boh: “Ada burger Ramly di langit.”

Shabir Leila: “Burger terbang satu!”

Erwin: “Ramly burger terbaik.”

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Video Suami Rambut Panjang, Isteri Sengaja Botakkan Kepala Suaminya Dan Gelak Bersama