Lelaki Buat Magic Prank Anjing, Netizen Gelak Tengok Muka Anjing Terkejut Beruk

Sudah menjadi perkara biasa sekiranya kita sering bergurau senda bersama haiwan kesayangan ketika berada di rumah setelah seharian berhempas pulas menyiapkan tugasan kerja. Namun begitu, sebagai pemilik haiwan anda seharusnya berhati-hati ketika bergurau dengan binatang berkenaan agar tidak menjadi sebarang perkara yang serius.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun Twitter yang dikenali sebagai @NRLCSY dimana terdapat seorang pemuda yang sedang bersama anjing peliharaannya. Menerusi posting tersebut, lelaki berkenaan ingin melakukan sebuah prank terhadap anjing Huski miliknya.

Melalui video yang berdurasi selama 15 saat itu juga, pemuda berkenaan telah menunjukkan sebuah botol kepada anjing terbabit sebelum dia menutupi botol berkenaan dengan sehelai kain berwarna hitam. Lelaki itu telah menggunakan helah dengan meletak lagi sebuah botol yang berlainan di dalam kain tersebut tanpa disedari oleh haiwan berkenaan.

Ternyata, situasi itu telah mencetuskan reaksi yang melucukan daripada anjing Huski terbabit dimana ia seperti terkejut setelah dikenakan oleh tuannya. Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat haiwan berkenaan di samping meninggalkan komen-komen yang melucukan di ruangan akaun terbabit.

”Sakit perut gelak. Muka anjing tu tak boleh blah“, kata salah seorang warga netizen. Posting itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 50.9 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter terbabit.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Ibu Ini Sebak Kongsi Gambar Janin Usia 14 Minggu Memegang Jarinya.