“Meremang Dengar” Ara Johari Nyanyi Dengan Perasaan Buat Netizen Rasa Sebak

Terkenal dengan nyanyian nada tinggi, Ara Johari memiliki suara yang cukup merdu. Bakat nyanyiannya memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Mendengarkan suara nyanyiannya sahaja dapat membuai perasaan lebih-lebih lagi jika lagu balada yang dinyanyikannya.

Sebelum ini Ara Johari pernah berkongsikan beberapa video cover lagu penyanyi lain. Video-video tersebut ada yang berjaya mencuri perhatian ramai dan menjadi tular. Terbaru, penyanyi wanita ini berkongsikan satu lagi video cover lagu Salam Terakhir nyanyian Ara Johari.

Nyanyiannya itu penuh perasaan dengan bait-bait lirik yang cukup menyentuh jiwa sesiapa sahaja yang menontonnya. Tambahan pula, di ruangan kapsyen Ara Johari menulis mengenai hubungan yang terpisah buat selamanya. Turut diakhiri dengan Al-Fatihah membuktikan perkongsian ini mengenai pemergian seseorang.

Berikut adalah perkongsian video Salam Terakhir nyanyian Ara Johari yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik selebriti ini sendiri:

Nyanyiannya memang cukup menjiwai sehinggakan sesiapa yang menontonnya akan terasa sebak. Video nyanyiannya itu telah meraih lebih 84 ribu tontonan dan 15 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai nyanyiannya itu di ruangan komen seperti berikut:

“Meremang dengar. Al-Fatihah”

“Sebak wehhh Al-Fatihah for Sandra Dianne”

“Allah Ara terasa sampai hati Ara bawak lagu ni”

kredit HCL

Artikel Berkaitan   “Saya Dapat Rasa Semangat….” Terharu Dengan Lukisan Mural, Dr Noor Hisham Kunjungi Sendiri Gambarnya