Dikejutkan 35 Ekor Kerbau Adik Syukor Mati Tiba-Tiba, Ia Berpunca Dari Penyakit ‘Hawar Berdarah’

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan berita yang mengakitbatkan sekurang-kurangnya 35 ekor kerbau milik bapa kepada Muhammad Syukor Khamis, mati secara tiba-tiba sejak Rabu lalu.

Kematian haiwan ternakan yang menjadi kesayangan ‘Mowgli Malaysia’ ini juga mengakibatkan keluarga itu kerugian lebih RM200,000.

Segalanya berpunca daripada penyakit yang dikenali sebagai ‘hawar berdarah’.

Pnyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS merupakan penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B.

Ia biasanya terjadi kepada lembu dan kerbau, malah ternakan seperti khinzir juga boleh dijangkiti pada kadar yang rendah.

Antara tanda-tanda haiwan berkenaan dijangkiti HS adalah:

  1. a) Haiwan mengalami kemurungan
  2. b) Bengkak di kepala, leher dan dada
  3. c) Mulut dan hidung yang berbuih
  4. d) Kongesi pada lapisan mucus membrane
  5. e) Konjuntivitis
  6. f) Sukar bernafas

Jangkitan kepada penyakit ini meningkat pada musim hujan, yang menyebabkan kematian dalam jangka masa 8 hingga 24 jam selepas dijangkiti.

Haiwan yang dijangkiti HS juga amat sukar untuk kembali sembuh. Langkah pencegahanya adalah dengan mengambil suntikan vaksin kepada haiwan perliharaan masing-masing.

kredit era

Artikel Berkaitan   Pernah Tak Terfikir Kenapa Tapak Sulaiman Diberi Nama Begitu Sedangkan Ia Bentuk Bintang? Inilah Sejarah Yang Tak Mungkin Kita Lupakan