“Sekarang Kami Akan Membebel Kepadanya” Gadis Disangka Hilang Rupanya Keluar Bersenam Dengan Kawan

SHAH ALAM: Seorang remaja perempuan yang disangkakan hilang ketika bersenam di kawasan perumahannya di TTDI Jaya, di sini akhirnya ditemui, petang tadi.

Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu bukan mengalami perkara buruk seperti yang dibimbangi keluarganya yang melancarkan usaha mencari melalui media sosial sebaik menyedari dia tidak pulang ke rumah pagi tadi.

Sebaliknya, menurut seorang ahli keluarganya dikenali sebagai Renee Marina, remaja itu hanya keluar bersama rakannya.

“Terima kasih atas bantuan semua. Kami telah menemuinya dalam keadaan selamat.

“Telefon bimbitnya kehabisan bateri dan dia hanya keluar bersama rakan-rakan,” katanya dalam ruangan komen di status Facebooknya selepas beberapa jam menghebahkan ‘kehilangan’ remaja berkenaan.

Jelas Renee Marina, kehilangan remaja itu mengundang kebimbangan ahli keluarga mereka.

“Sekarang kami akan membebel kepadanya. Terima kasih sekali lagi kepada semua,” katanya.

Terdahulu, difahamkan ibu remaja berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jelutong berhubung kehilangan anaknya itu, kira-kira pukul 1 petang.

kredit astro awani

Artikel Berkaitan   Bantu Menguruskan Jenazah Kawan Rapatnya,Seorang Lelaki Tiba-Tiba Rebah Dan Dikebumi Bersama