“Masa Kitorang Naik Pokok Ini Tak Jatuh” Terperangkap Di Tengah-Tengah Jalan, Mujur Nora Danish Tidak Cedera

KUALA LUMPUR: Mujur pelakon popular, Nora Danish tidak mengalami sebarang kecederaan dalam perjalanan ke Cameron Highlands apabila jalan yang dilaluinya mengalami kejadian tanah runtuh pada Selasa.

Dia bersama kru penggambaran sebaliknya hanya terperangkap dalam kesesakan selama berjam-jam apabila Jalan Tapah-Cameron Highlands itu terhalang disebabkan kejadian berkenaan.

Nora dalam beberapa perkongsian Instagram Story memaklumkan, kira-kira pukul 8 pagi kenderaannya dari Kuala Lumpur tersekat di jalan tersebut susulan beberapa batang pokok tumbang.

“Sekarang tengah tunggu bomba. Oh My God. Okay kitorang dah tunggu setengah jam, ada orang kat sini dah tunggu bomba almost sejam

“Kenapa lambat sangat nak naik ni abang-abang bomba,” kata Nora Danish.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, perjalanan mereka tergendala selepas cuba mencari jalan alternatif namun akhirnya terperangkap di tengah-tengah.

“Selepas sejam tunggu kami decide turun balik ikut Simpang Pulai.

“Ketika dalam perjalanan turun, nak lalu Simpang Pulai pokok lain pula jatuh.

“Masa kitorang naik pokok ini tak jatuh. So now we trap di pertengahan. Atas jatuh, bawah pun jatuh,” katanya.

Bagaimanapun, Nora dan kru selamat tiba di lokasi penggambaran beberapa jam kemudian tanpa sebarang kecederaan dan berterima kasih kepada pasukan yang terbabit menyelesaikan masalah berkenaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM).

kredit astro awani

Artikel Berkaitan   KKM Sahkan 19 Kematian Angkara Covid-19 Di Malaysia Setakat Ini