“Wah, Suara Makin Bagus” Fattah Amin Lancar Nasyid, Ramai Netizen Puji

Pelakon, Fattah Amin kini tampil dengan single islamik berjudul Kiriman Agung, ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik bersama Fedtri Yahya.

Lagi istimewa, lagu berkenaan dicipta khas untuk anak sulungnya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Ia adalah percubaan pertama Fattah dalam menyanyikan lagu genre nasyid atau ketuhanan.

Menurut Fattah, idea tercetus untuk menghasilkan lagu tersebut selepas melancarkan single Bebas, yang mana ia adalah lagu yang mengangkat tema semangat serta inspirasi.

Sama seperti single yang pernah dikeluarkan sebelum ini, harapan Fattah hanya satu iaitu supaya lagu itu diterima baik pendengar dan peminat muzik tempatan.

“Tentu saja saya mengharapkan yang terbaik daripada pendengar. Walaupun saya masih baharu untuk genre ini, tapi saya sudah buat yang terbaik. Jadi, saya harapkan yang terbaik juga daripada pendengar.

“Daripada komen saya baca pun, banyak memberikan maklum balas positif. Sekali gus membuatkan saya gembira. Genre seperti ini sebenarnya masih ada peminat dan pendengar. Mereka juga doakan yang baik-baik buat saya dan zuriat yang bakal dilahirkan,” katanya.

kredit era

Artikel Berkaitan   Pemandu Teksi Ini Berasa Curiga Melihat Dua Lelaki Menggali Lubang, Rupanya Mereka Mahu Tanam Bayi Hidup-Hidup