“Baiklah Tidak Mengapa, Teruskan Buang Sesuka Hati” Maya Karin Kesal Sikap Rakyat Yang Pentingkan Diri

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Pelakon Maya Karin kesal tabiat sebilangan individu yang masih tidak menghiraukan kebersihan alam sekitar.

Maya, 40, berkata akibat sikap buruk itu terhasil banjir kilat sebagaimana melanda ibu negara baru-baru ini.

“Antara punca banjir hebat, sampah dibuang sewenang-wenangya. Longkang dan saluran air kena sekat dengan sampah.

“Baiklah tidak mengapa, teruskan buang sesuka hati. Kita juga menyesal nanti,” katanya di Instagram.

Banjir kilat melanda ibu negara pada Khamis selepas hujan turun beberapa jam dengan lebatnya.

Foto dan video yang dikongsikan orang ramai menyaksikan Masjid Jamek dinaiki air akibat limpahan dari sungai berhampiran.

Jabatan bomba melaporkan air setinggi 1.5 meter melimpah ke sesetengah kawasan ibu kota.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   “Saya Nak Pergi Jumpa Tunang, Motosikal Kena Sita Pula...”