Rancak Berborak Dengan Anak-Anak Penyanyi Aishah Titipkan Wasiat Jika Dia “Pergi” ‘Bila Mum Dah Tak Ada, Jangan Keluarkan Lagi…..”

Penyanyi Aishah menitipkan pesanan agar segala gambar lamanya yang tidak menutup aurat tidak disebarkan lagi kepada umum selepas dirinya meninggal dunia.

Menurut Aishah perkara itu juga sudah diberitahu kepada anak lelakinya sebagai pesanan buatnya kepada umum selepas pemergiannya kelak.

“Hari ni berbuka puasa ditemani Armand (anak) pula. Terkeluar cerita mengenai pemergian bintang Big Stage Allahyarhamah Sandra.

“Pastinya ia sesuatu yang meruntun hati buat ibu dan keluarga yang berdepan dengan komen-komen negatif. Allahuakbar semoga mereka diberikan ketabahan.

“Dihujung perbualan itu saya berpesan pada Armand untuk ingatkan media dan peminat,’bila mum dah tak ada, jangan keluarkan lagi imej-imej tidak bertudung mum untuk tatapan ramai’,” katanya.

Perkara itu dikongsikan Aishah menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya. Bukan itu sahaja, kata Aishah lagi, dia juga tidak mahu sebarang bentuk nyanyian tribute selepas ketiadaannya hanya kerana mahu mengenang penglibatannya dalam dunia seni.

“Dan mohon peminat doakan banyak-banyak tanpa perlu sebarang nyanyian-nyanyian mengingatkan mum. Cukup dengan doa.

“Semoga perbualan ini akan menjadi kenangan indah dan pedoman untuk anak-anak satu ketika bila kita tiada lagi,” katanya.

View this post on Instagram

Day #180 – Perkara yg.paling best sekali bila anak2 dah besar is you can have real conversations with them🤣Dulu sebagai ibu tunggal membesarkan mereka,I selalu rindu utk berbual dgn org dewasa.Now I can do that with them.I juga banyak tinggalkan pesanan pada mereka utk bagaimana mereka nak survive bila I tak ada lagi.Selalu perbualan kami ni kat meja makanlah🤣🤣Kat rumah ni I selalu saja ditemani utk berbuka dan bersahur,tapi I sorang je yg puasa😆😆😆Perbualan kami merangkum mcm2 topik.Semlm berbual dgn Azhad mengenai idea2 koloborasi muzik yg I boleh buat.Dia cadangkan I collaborate dgn Joe Flizzow,'mesti gempak ma kalau ma record dgn dia'😉😉Atau pun K clique,(wah betul ke I tulis tu) So I learn lah skit tentang apa yg digilai dan trending di kalangan anak2 muda sekarang.Hari ni berbuka puasa,ditemani Armand pulak,terkeluar cerita mengenai pemergian bintang Big Stage Allahyarhamah Sandra(Al Fatihah)How heartbreaking it must have been for her mum and family berdepan dgn komen2 negatif.Allahuakbar semoga mereka diberikan ketabahan.Dihujung perbualan itu I berpesan pada Armand utk.ingatkan media dan peminat,'bila mum dah tak ada jgn. keluarkan lagi imej2 tidak bertudung mum utk tatapan ramai'.Dan mohon peminat doakan banyak2 tanpa perlu sebarang nyanyian2 mengingatkan mum.Cukup dgn doa🥰🥰🥰Semoga perbualan ini akan menjadi kenangan indah dan pedoman utk anak2 satu ketika bila kita tiada lagi.Salam Hari Malaysia semua

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm) on

Dalam entri tersebut Aishah turut memuat naik gambar kenangan bersama dua orang anak lelakinya.
“Dulu sebagai ibu tunggal membesarkan mereka saya selalu rindu untuk berbual dengan orang dewasa.

“Sekarang saya boleh lakukannya bersama mereka. Saya juga banyak tinggalkan pesanan pada mereka untuk bagaimana mereka nak survive bila saya tak ada lagi,” ujarnya.

Aishah mempunyai dua orang cahaya mata, Armand Azhari, 27, dan Azhad Ahlami, 21, menerusi dua perkahwinan pertamanya.

Bagaimanapun, pelantun lagu Janji Manismu itu kemudian berkahwin lain selepas bercerai buat kali ketiga dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010.

Begitupun, Aishah yang membuat pengakuan mengenai statusnya itu ketika menyertai Gegar Vaganza musim keempat enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai rumah tangganya kepada umum.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Hati-Hati Bila Pergi Empat Pantai Di Terengganu, Rekod Penemuan Obor-Obor Beracun Setakat Ini