“Eh, Safawi Rashid Ke Tu” Pemain Bola Sepak Sedang Gunting Rambut Menteri, Sembang Netizen Meriah

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi foto di media sosial ketika sedang mendapatkan khidmat gunting rambut di sebuah kedai mendapat perhatian ramai.

Memuji sikap Zulkifli membantu perniagaan anak muda, tumpuan turut terarah kepada pekerja kedai gunting rambut berkenaan.

Rata-rata memperkatakan mengenai wajah pekerja tersebut yang disifatkan seiras dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid.

Aizad Baharom: “Tuan, tukang gunting rambut tu Safawi ke?”

Nazmi Baharudin: “Safawi ke tu?”

Azmain Shari: Hebat dan berbakat Pawi JDT ini. Main bola handal jadi tukang gunting pun reti.

Terdahulu, Zulkifli mengakui berbangga dengan semangat ditunjukkan anak muda dalam memajukan diri.

Jelasnya, kerajaan akan sentiasa membantu golongan muda yang berminat menceburi dalam bidang perniagaan melalui pelbagai inisiatif.

Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster. Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan…

Posted by Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri on Isnin, 14 September 2020

“Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi.

“Kerajaan melalui agensi-agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu anak muda asnaf dan B40 dalam memulakan dan meneruskan perniagaan pasca Covid-19,” katanya.

Antara inisiatif diperkenalkan kerajaan termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) yang membolehkan peniaga kecil dan sederhana menstruktur semula perniagaan terjejas akibat penularan Covid-19.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Hati-Hati Taktik Terbaru Scammer Tentang Tunggakan Cukai. 3 Warga Emas Ini Berputih Mata Lesap Rm500,000 Sekelip Mata