Ramai Orang Sekarang Suka Berhutang, Ini Cara Nabi Ajar Umatnya Kaedah Sebenar!

Kita hanya manusia, sudah tentu ada masa kita diuji dengan kesusahan dari segi kewangan. Dan semua orang ada hutang, tidak kira hutang melanjutkan pelajaran, hutang membayar kereta ataupun hutang kecil dengan kawan-kawan.

Tidak kira nilai berbeza-beza, namun status hutang tetap sama iaitu kewajipan membayar semula hutang tersebut. Walaupun pemberi hutang itu sudah lupa akan hutang itu, ia menjadi tanggungjawab dan kewajipan bagi penghutang untuk membayarnya.

Terdapat juga satu peristiwa yang menggambarkan bahawa Baginda Rasulullah SAW tidak menggalakkan perbuatan berhutang ini diambil sebagai perkara mudah.

Diriwayatkan dari Sahl bin Sa’ad RA, bahawa ada seorang wanita yang ingin berkahwin dengan Baginda SAW, namun Baginda tidak tertarik kepadanya. Namun, terdapat seorang lelaki yang hadir dan menyatakan hasratnya untuk menikahi wanita tersebut.

Baginda SAW bertanya: “Adakah engkau mempunyai sesuatu untuk dijadikan mahar?”

Pemuda itu menjawab: “Aku tidak mempunyai apa-apa.”

Kemudian, Baginda SAW menyuruh beliau untuk mencari sesuatu bagi dijadikan mahar walaupun hanya berupa cincin besi. Namun, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk dijadikan mahar. Kemudian, Baginda memanggil lelaki itu dan bertanya: “Apa yang kamu hafal dari Al-Quran?”

Kemudian, lelaki itu menjawab bahawa dia ada menghafal beberapa surah. Kemudian, Baginda SAW menjawab: “Kalau begitu, baiklah. Sungguh, aku telah menikahkan engkau dengan wanita ini dengan mahar berupa surah-surah Al-Quran yang engkau hafal.”

(Hadis Riwayat Bukhari, no. 5087)

Walau tidak mempunyai apa-apa, Baginda tetap berusaha untuk mengelakkan lelaki tersebut daripada berhutang. Walaupun boleh sahaja untuk berhutang, namun selagi boleh dielakkan, seeloknya ia dielakkan.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   Terpaksa Kuarantin Di Rumah, Pelajar Terharu Jiran Sebelah Bangsa Cina Mahu Hulurkan Bantuan