Jepun Cipta Kereta Api Yang Kelajuannya Tidak Masuk Akal, 4,800 Km Per Jam Pecah Rekod Dunia

Jepun sekali lagi dikatakan telah memecahkan rekod dengan menghasilkan kereta api jenis bullet train dengan kelajuan yang tidak masuk akal, iaitu 4,800 km per jam.

Dikenali dengan nama N700S dimana S pada perkataan itu merujuk kepada ‘Supreme’, kereta api ini terdapat di laluan Tokaido Shinkansen yang menghubungkan stesen Tokyo dan stesen Shin-Osaka di Osaka.

Dalam masa 10 minit, kereta api ini mampu menamatkan laluan sepanjang 502 kilometer, ibarat jarak dari Negeri Sembilan menuju ke Pulau Pinang melalui highway PLUS!

Kereta api ini dilaporkan sudahpun memulakan perkhidmatannya sejak 1 Julai lalu yang mana pada awalnya dirancang bersempena acara Olimpik Tokyo 2020.

Terdahulu, rekaan kereta api N700S ini adalah mirip dengan model terdahulu iaitu N700 atau N700A, cuma bezanya adalah pada muncung dan lampu hadapan yang lebih kecil.

kredit era

Artikel Berkaitan   Bangun Tidur Mulut Sebelah Lumpuh, Sukar Untuk Bergerak. Ramai Yang Perlu Tahu Terutamanya Penyakit Selalu Serang Ibu Mengandung