Wahai Suami Isteri! Jangan Sesekali Bergaduh Depan Anak-Anak, Ini Impak Besar Yang Akan Anda Hadapi

Bukan sahaja akan menganggu emosi anak-anak apabila ibu bapa bergaduh di depan mereka. Malah ia turut memberi kesan negatif terhadap perkembangan anak-anak.

Berikut adalah enam kesan buruk yang boleh menjejaskan anak-anak jika mereka menjadi saksi pertengkaran antara ibu bapa.

  •  Perasaan bersalah dan kemurungan

Anak-anak mudah memahami situasi yang berlaku sekeliling mereka terutama sekali apabila sudah meningkat usia lebih daripada 7 tahun. Apabila ibu bapa bertengkar tentang wang terutama sekali berkenaan dengan perbelanjaan sekolah, anak-anak akan pasti rasa bersalah kerana menjadi punca perbalahan tersebut. Sebab itu kadang kala, anak-anak berdiam diri jika perkara yang berkaitan dengan wang.

  •  Perkembangan otak terjejas

Eamon McCory daripada Universiti College London membuat kajian dan mendapati bahawa apabila ibu bapa bergaduh dan disaksikan oleh anak-anak, mereka akan lebih mudah meniru tingkah laku tersebut.

  •  Anak-anak akan lebih stress

Jika setiap hari mendengar ibu bapa bertengkar tidak mustahil, emosi dan kesihatan mental anak-anak boleh terjejas. Tingkah laku mereka terhadap orang sekeliling juga akan berubah.

  •  Keyakinan diri semakin kurang

Apabila ibu bapa sering bertengkar, anak-anak pula menjadi orang tengah dalam setiap pertengkaran dan tidak mampu melakukan apa-apa. Ini menyebabkan mereka kurang keyakinan diri dalam melakukan sebarang perubahan.

  •  Mudah sakit

Ibu bapa yang selalu bertengkar sehingga ke lewat malam akan mengganggu rutin tidur anak-anak. Tidur yang tidak mencukupi boleh membuat anak-anak jatuh sakit dan bukan itu sahaja, kesihatan mental anak-anak juga boleh terjejas.

  •  Menyimpan dendam

Ini antara perkara yang paling ketara. Isi hati anak-anak yang menyimpan dendam sampai boleh menimbul perasaan benci.

Sebab itulah perlu ada batas dan hadnya apabila pasangan suami isteri ingin bertengkar. Anak-anak hanya tahu kisah luaran pertengkaran dan tidak betul-betul memahami kisah sebaliknya. Mereka hanya kenal akan perasaan takut apabila ibu bapa mula bertengkar.

Artikel Berkaitan   "Bagaimana Jika Seseorang Memukul Kepalanya” Wanita Kepalanya Dicucuk 9 Jarum Selambe Naik Bas Buat Orang Cemas

kredit zayan