Walaupun Berbeza Agama, Kasih Ibu Tiada Tandingan, Wanita Ini Hadiahkan Tanah Untuk Dijadikan Surau Gara-Gara Anaknya Masuk Islam

Perbezaan agama bukan penghalang buat keluarga ini untuk saling hormat-menghormati, malah mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.

Seorang ibu, Juslian Ungkim menghadiahkan sebidang tanah berdekatan rumahnya di Kampung Gorowot, Kuala Penyu, Sabah kepada dua anak lelakinya yang telah memeluk Islam.

Tindakan murni itu dibuat supaya anak-anaknya dapat mengusahakan tanah tersebut bagi membangunkan sebuah surau sekali gus penduduk setempat dapat melakukan amal ibadat.

Kisah keluarga berkenaan dikongsi pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Samin Ongki di laman Facebook dengan memuat naik tiga keping gambar.

“Kasih ibu tiada tandingan. Perbezaan agama tidak menghalang seorang ibu Juslian Ungkim menghadiahkan sebidang tanah dekat rumahnya…
“…untuk dijadikan tapak surau Saad Abi Waqas yang diusahakan dua orang anak lelakinya yang telah memeluk Islam,” tulisnya.

Tambah Samin, suami Juslian iaitu Chong Kun Wah tidak ‘menentang’ hasrat tersebut sebaliknya turut membantu membersihkan dan meratakan tapak surau tersebut.

“Chong Kun Wah cedera, patah kaki ketika membuat kerja menebang pokok untuk tapak surau ini. Tahniah! Kepada keluarga ini. Saya dan YADIM bertekad untuk membantu yang termampu agar pembangunan ini dapat direalisasikan,” ujarnya.

Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur selain mendoakan mereka semua diberkati serta dipermudahkan urusan dalam merealisasikan hasrat tersebut.

kredit borak daily

Artikel Berkaitan   “Aah Sudah.. Muka Dah Macam Sult*N” Oksana Dedah Muka Anak Mirrip Macam Bapanya