“Mempersendahkan Peranan Polis Dan Tentera Dengan Olok-Olokan Bahawa Kita Berperang Dengan Ayam Dan Anjing Adalah Menjijikkan”

KUALA LUMPUR, 22 Sept — Bekas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin mengkritik tindakan seorang bekas menteri dikatakan mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap anggota keselamatan  yang berjuang dalam pencerobohan di Lahad Datu.

Jelasnya, tindakan ahli politik berkenaan jelas tidak sensitif terhadap pejuang serta waris mereka yang terkorban.

“Jangan bermain api kerana ada insan terluka atas ulasan ini. Biarlah arena politik dimainkan dengan berfakta.

“Mempersendahkan peranan polis dan tentera dengan olok-olokan bahawa kita berperang dengan ayam dan anjing adalah menjijikkan integriti penyampai yang tidak faham keperitan kita berjuang untuk mempertahankan bumi ini.

“Biarlah bercakap fakta kerana itu lebih matang dan berguna,” katanya.

Sebelum ini, bekas Menteri Kebudayaan, Seni dan Warisan Datuk Mohamaddin Ketapi didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap anggota polis.

Bagaimanapun, Mohamaddin telah memohon maaf selain mendakwa ucapan itu ditujukan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan tidak sama sekali merujuk pejuang terkorban.

Terdahulu, Mohd Bakri berkata ulasan bekas menteri berkenaan tidak ubah seperti katak di bawah tempurung yang tidak memahami situasi sebenar.

“Kenapa sekarang hendak memberi ulasan sedemikian? Kenapa tidak timbul semasa kejadian. Lari dari daerah yang bergolak kerana takut.

“Nilai individu ini sama seperti katak yang hanya tahu tempurung yang didiaminya. Sedarlah tanpa kita, dia tidak berdiri megah di atas pentas politik diberikan mandat.

“Tertawa riang, saya rasa jijik melihat sikapnya. Pemimpin hanya layak memimpin tong sampah,” katanya lagi.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Kes Covid19 Di Brazil Semakin Meruncing Gara-Gara Angka Mencecah Lebih 2 Juta