Hati-Hati! Ramai Dah Terkena, Jangan Sesekali Klik Link Video Ini Di Messenger, Takut-Takut Anda Kena “Hack”

Facebook merupakan salah satu laman sosial yang menjadi sumber kepada pelbagai info dan maklumat. Ia juga sebagai penghubung antara satu sama lain.

Disebabkan laman sosial ini mempunyai banyak data peribadi seseorang, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menggodam akaun ini bagi kepentingan tertentu.

Menerusi Viral Media Johor, baru-baru ini ramai yang menjadi mangsa apabila menerima pautan seakan video di Direct Messenger (DM) pada aplikasi Facebook.

Pautan yang dihantar itu adalah secara automatik, dan tidak disedari oleh penghantar kepada kenalan-kenalan di aplikasi berkenaan.

Akibatnya, banyak akaun yang telah digodam selepas menekan pautan berkenaan.

Justeru, adalah dinasihatkan agar tidak menekan sembarangan pautan di mana-mana laman sosial, dan anda digalakkan untuk menukar password serta menggunakan “Two Factor Authentication” sebagai langkah keselamatan.

⚠️⚠️⚠️AMARAN🐞⚠️⚠️⚠️Sekiranya anda mendapat pesanan dari rakan FB anda melalui messenger berupa VIDEO seperti di bawah…

Posted by Viral Media Johor on Ahad, 20 September 2020

kredit era

Artikel Berkaitan   “Tiba-Tiba Lelaki Tu Cuba Buka Pintu Tapi Isteri Sempat Menguncinya, Dia Kata Dari KPDNKK, Mana Ada KPDNKK Tarik Kereta Klon”