Anak Pelik Sudah 21 Tahun “Pemergian” 4yah, 1bu Tidak Cari Pengganti, Rupanya Tulisan Puitis 4yah Mengunci Jiwa 1bunya

Cinta itu semestinya menjadi sesuatu yang paling indah dirasai oleh setiap pasangan. Lebih-lebih lagi jika kita dapat hidup bersama dengan orang yang kita sayang hingga ke akhir usia. Namun begitu, ajal, maut dan jodoh itu rahsia Allah S.W.T. Pastinya kehilangan insan yang tercinta memberi satu tamparan hebat buat pasangannya.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Umairaharis ini tentunya membuatkan kita terharu apabila dia menceritakan kisah cinta ibu bapanya. Menurut wanita itu, ibunya tidak pernah berkahwin lain walaupun bapa tersayang sudah tiada 21 tahun lalu. Cinta dan kasih yang ditunjukkan bapa dapat dilihat menerusi surat-surat cinta ibu bapanya dahulu yang begitu puitis.

Hal tersebut membuatkan Umairah berfikir mungkin ini jawapan yang sering dia tertanya-tanya mengapa ibunya mampu untuk tidak mencari pengganti bapa walaupun sudah berpuluh tahun ketiadaaan sosok ketua keluarga itu. Akhirnya dia menemui jawapan menerusi surat-surat yang ditulis oleh bapanya yang sangat romantis dan penuh rasa kasih sayang.

Ternyata surat-surat cinta penuh puitis ibu bapanya satu ketika dahulu begitu menyentuh hati kerana dapat dilihat dengan jelas mereka amat menyayangi antara satu sama lain. Umairah turut memaklumkan bahawa bakat penulisan yang ada dalam dirinya mungkin dapat daripada ibu dan bapanya yang sangat bijak bermain dengan kata-kata.

Artikel Berkaitan   Objek Misteri Yang Memasuki Bumi Tempoh Hari Bukanlah Asteroid Tapi Ia Juga Berasal Dari Bumi

Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat itu, rata-rata warganet menyatakan rasa kagum dengan ayat yang digunakan oleh orang-orang dahulu dalam mengarang ayat. Mereka juga sebak membaca luahan cinta yang diucapkan memalui surat oleh ibu dan bapa Umairah yang sangat ikhlas dari hati.

kredit borak daily