Terpaksa Jual Barang Kemas Semasa PKP, Adibah Noor Kongsi Kerja Artis Bukanlah Sesuatu Yang Mudah

Mungkin ada yang memandang remeh kerja-kerja anak seni, tidak kiralah pelakon, penyanyi, mereka yang di belakang tabir dan ramai lagi. Malah ada yang menyindir bahawa kerja mereka ‘senang buat duit’.

Penghibur serba boleh Adibah Noor memuat naik satu video pendek di Instagram miliknya untuk memberi sekelumit gambaran tentang bidang seni dan apa yang perlu dilalui oleh anak-anak seni.

“Saya bangga. Bekerja di kalangan rakan seperjuangan, pekerja-pekerja seni yang terpinggir sama, yang ketawa bersama, yang basah bersama, yang derita bersama… demi mencari rezeki utk keberlangsungan hidup masing2 dan keluarga.

“Tiada pihak yang menganggap kami ni essential service (khidmat utama) sedangkan sedar mahupun tidak, terima mahupun tidak, angkat phone, bukak TV atau radio je memang cari benda untuk hiburkan hati,” tulis Adibah.

Menurut Adibah, ada yang menganggap pekerjaan sebagai anak seni ini senang untuk buat duit sedangkan mereka tidak tahu bahawa di sebalik segala yang ditonton, mereka berhujan dan berpanas seperti kebanyakan pekerjaan lainnya juga.

“Tak apa. Kami tetap di sini. Berkarya sama ada di hadapan mahupun di belakang lensa, walau sering dipandang sepi… Syukur Alhamdulillah,” tulis Adibah lagi.

 

Penghibur serba boleh ini pernah mengakui terpaksa menjual rumah dan menggadai barang kemas miliknya demi kelangsungan hidup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Baru Tahu Sebenarnya, Yanko Skincare Produk Seludup Dan Beracun. Bekas Penjual Mengaku Bila Rumahnya Digeledah KKM