Tiada Isu Digelar “Buaya”, Lelaki Ini Nikah 120 Isteri Di Setiap Daerah, Setiap Kali Nak Kahwin Baru Isteri-Isteri Setuju

Seorang ahli perniagaan dan juga ahli politik berusia 60-an dari Thailand, mengakui kini mempunyai 120 orang isteri.

Menerusi satu temubual yang diadakan, lelaki yang dikenali sebagai Tambon Praset, mengakui berpoligami dan berkahwin dengan seorang wanit dari setiap daerah di Thailand.

Perkahwinan pertama Tambon ketika usianya 17 tahun dan mempunyai tiga orang anak.

“Selepas itu saya berkahwin dengan wanita lain. Kebanyakan mereka adalah wanita yang lebih muda dan mereka semua di bawah 20 tahun. Saya tidak suka yang lebih tua,” katanya.

Tambon yang kini menjadi seorang kontraktor berjaya, sering mendapat projek membina rumah dibeberapa wilayah dan daerah.

Setiap kali dia membina rumah, dia akan akan menikahi wanita dari daerah tersebut. Oleh itu, dia mempunyai seorang isteri yang mewakili bandar atau wilayah yang dilawatinya dalam negara Thailand.

Tambon juga akan meminta izin daripada ibu dan bapa isteri-isterinya untuk berkahwin lagi dan mereka semua setuju dengan tindakan Tambon.

Sehingga kini, Tambon sudah mempunyai 120 isteri dan 28 orang anak.

kredit era

Artikel Berkaitan   Kes Covid19 Di Brazil Semakin Meruncing Gara-Gara Angka Mencecah Lebih 2 Juta