Rakyat Jadi Gila K-Pop, Malaysia Ungguli No 7 Di Dunia Aktif Di Twitter Pasal K-Pop

Malaysia secara keseluruhannya menduduki tangga ketujuh carta negara yang paling kerap tweet berkenaan topik K-Pop di seluruh dunia.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Twitter, dengan kerjasama K-Pop Radar, Thailand menduduki tangga pertama, diikuti Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Amerika Syarikat, dan Brazil.

Manakala, negara selepas Malaysia ditangga kelapan hingga sepuluh adalah Jepun, Mexico, dan Argentina.

Carta itu dikeluarkan sempena ulangtahun ke-10 komuniti K-Pop global dengan tandapagar #KPopTwitter di platform media sosial berkenaan.

Maklumat itu diperoleh selepas mengumpulkan 6.1 bilion tweet berkaitan K-Pop dari 1 Julai 2019 hingga 30 Jun 2020.

Daripada carta itu juga, BTS adalah kumpulan K-Pop yang paling banyak di tweet, diikuti EXO, BLACKPINK, TWICE, TXT, SEVENTEEN, GOT7, ATEEZ, Stray Kids, dan NU’EST.

kredit era

Artikel Berkaitan   Bolehkah Seorang Ayah Memeluk Dan Mencium Anak Perempuannya Yang Sudah Akil Baligh? Baca Sini...