Zul Ariffin Syukur Masih Lagi Tidak Mempunyai Isteri, Ini Ciri-Ciri Isterinya Yang Perempuan Susah Untuk Terima

Pelakon, Zul Ariffin berkata, beliau memerlukan wanita yang faham dirinya yang sangat mengutamakan kerjaya, dan tak suka dikongkong dalam perhubungan.

Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, beliau juga bersyukur hingga kini masih belum berkahwin dan tiada masalah untuk hidup bujang kerana masih boleh memberikan fokus sepenuhnya terhadap kerjaya.

Tambah Zul lagi, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu, beliau terkejut dengan paparan kisah rumah tangga yang berdepan dengan masalah ketika pandemik berkenaan.

Sebelum ini, timbul ura-ura berkenaan kisah kekasih Zul yang bukan dalam kalangan selebriti, malah juga bukan seorang yang beragama Islam. Malah, Julai lalu, beliau pernah mengeluarkan kenyataan untuk menunda perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini.

Bagaimanapun, Zul yang sangat berahsia mengenai perhubungannya berkata, beliau faham ‘si dia’ dan tiada halangan untuk menunda perkahwinan mereka.

kredit era

Artikel Berkaitan   Pengunjung Panik Secara Tiba-Tiba Sebuah Roda (Ferris Wheel) Di Tapak Permainan Gagal Berfungsi