Isteri Hamil 10 Minggu, Tidak Mahu Menyusahkan, Pelakon Terkenal Irwansyah Akan Bina Lif Di Dalam Rumah

PENYANYI popular Indonesia, Irwansyah akan menyediakan lif dalam rumahnya bagi memudahkan isterinya yang juga pelakon, Zaskia Sungkar yang kini hamil 10 minggu.

Irwahsyah menerusi video yang dimuat naik di YouTube berkata, dia kini dalam proses untuk berpindah ke rumah baharu yang akan dilengkapi dengan lif kerana bimbang dengan keadaan Zaskia yang berbadan dua.

Terdahulu, pasangan itu berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pertama selepas hampir 10 tahun berkahwin.

“Ini ruang untuk menonton TV, ruang untuk keluarga bersantai dan nanti ada ruang untuk Zaskia bersenam. Walaupun rumah tidak terlalu besar tapi cukuplah untuk keluarga kecil saya.

“Nanti akan ada lif sebab bimbang nak biarkan Zaskia naik turun tangga dalam keadaan hamil. Jadi, nanti dia gunakan lif saja untuk naik ke ruang atas rumah,” katanya menerusi video itu.

Demi merealisasikan rumah impian mereka, Irwansyah dan Zaskia memutuskan untuk menjual dua unit apartment mereka yang terletak di Jakarta Selatan, Indonesia.

Zaskia nekad untuk membangunkan rumah baharu dan tidak lagi tinggal di apartment kerana bimbang memikirkan keadaan dirinya yang hamil.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Ya Husin, Karbala” Pengikut Syiah Dan Ketua Dicekup Ketika Sedang Buat Persiapan Ini