“Kenapa Susuk Masa Guna X-Ray Nampak Tapi Bila Bedah Tiada” Doktor Kongsi Pasal Susuk Jadi Viral

Baru-baru ini, tular gambar X-ray yang dikongsi pengguna Instagram, Tasqia Syabira dari Indonesia, menunjukkan banyak garis putih kecil dalam tubuh seorang wanita berusia 55 tahun.

Garis putih yang dipercayai adalah susuk, ditemui banyak tersebar dalam tubuh wanita tersebut.

“Seorang pesakit wanita berusia 55 tahun diarahkan melakukan X-ray. Jadi berapa banyak susuk yang ada?” tulis Tasqia dalam muat naiknya.

Menurutnya, susuk dalam dunia perubatan dikenali sebagai Charm Needles dan boleh dilihat jelas menggunakan X-ray kerana ia diperbuat daripada emas dan tembaga.

Namun, ketika pembedahan, susuk itu tidak pula kelihatan, membuatkan ia menjadi tanda tanya dalam bidang perubatan.

“Mengapa ia dapat dilihat semasa melakukan X-ray? Kerana ia dibuat dari emas dan tembaga, jadi ia mampu dilihat semasa X-ray.

“Kenapa semasa di bedah hilang? Wah, saya pun tidak tahu. Di dalam jurnal, perkara ini masih menjadi misteri dan apakah susuk ini ada jangkitan, juga sukar dicari,” jelas Tasqia.

kredit era

Artikel Berkaitan   Diuji Bertubi-Tubi Dalam Masa Yang Singkat, Nora Ariffin Kongsi 3 Kunci Hadapi Ujian Berat