Sebak Tengok Ramai Anak Muda Beratur Panjang Nak Mohon Kerja Sampai Tak Cukup Kuota

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Rakyat Malaysia bukan sahaja terdedah dengan ancaman wabak Covid-19, malah terkesan dengan tekanan ekonomi termasuk hilang kerja.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac, masih ramai yang berusaha mencari kerja, demi menyara hidup dan keluarga.

Di Twitter semalam tular video yang menunjukkan orang ramai beratur panjang bagi menghadiri temuduga secara terbuka sebuah syarikat kereta api.

Sambil memegang fail, calon dilihat sanggup beratur beberapa ratus meter panjang, berdiri di bawah terik matahari, dikatakan di Institut Kemahiran Mara (IKM) Manjung di Perak.

“Temuduga terbuka di IKM Manjung. Ramainya yang menganggur sekarang,” catat Daddysado20 semalam.

Katanya dianggarkan calon yang hadir mencecah ribuan berdasarkan barisan ramai yang memanjang hingga ke luar jalan raya sejak pukul 8 pagi.

Di ruangan komen, ramai terkesan melihat calon yang sanggup mencuba nasib walaupun dikatakan jawatan yang ditawarkan hanya kira-kira tiga ratus kekosongan sahaja.

“Rasa kesian sebab mereka berpanas, tapi rasa bangga dengan mereka semua masih ada usaha dan gigih mencari kerja,” catat Hanaa.

“Apa perasaan bila beratur dari 8.30 pagi sampai 2.30 petang, akhirnya diarahkan letak sahaja resume. Sesungguhnya rezeki itu milik Allah, hanya satu ayat ini sahaja yang kuatkan semangat aku sekarang,” catat Khidir Noh.

Namun tidak kurang ramai juga di ruangan komen yang menawarkan beberapa kekosongan pekerjaan di syarikat masing-masing.

Mengikut Jabatan Perangkaan, kadar pengangguran negara meningkat kepada 5.3 peratus pada Mei lalu, berbanding lima peratus pada April.

Artikel Berkaitan   Sambut Hari Jadi Abah Dengan Tulisan Jawi, Netizen Minta Secret Resepi Naikkan Gaji Pekerja Ini

Sehingga Julai lalu, dilaporkan seramai 745,100 rakyat Malaysia hilang kerja.

kredit projekmm