Kita Pahala Tak Banyak, Buat Amal Kebaikan Pun Apatah Lagi, Ini Kunci Kemaafan Mudah Masuk Syurga

Sesungguhnya seseorang manusia itu masuk syurga hanya kerana rahmat Allah. Adakah kita ingin mengharapkan solat kita yang tidak khusyuk, tidak sempurna? Adakah kita ingin mengharapkan pahala puasa kita dalam keadaan lalai dan tidak menjaga tutur kata? Bahkan jika kita beramal beribu tahun pun belum tentu mampu menampung segala dosa yang dilakukan.

Maka dengan rahmat dan keampunan Allah jua yang membolehkan kita terlepas daripada hukuman Allah dan mampu masuk syurga. Percayalah, satu saat menerima seksaan di akhirat kelak pun kita tidak terdaya.

Kita perlu beringat, jika orang melakukan dosa dan kesalahan kepada kita, maka kita juga pernah melakukan dosa dan kesalahan kepada orang.

Mungkin berkat kemaafan yang diberikan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa di dunia, Allah juga akan memaafkan kita kelak di mahkamahNya. Kebaikan kita di dunia pasti akan dibalas kebaikan. Kita tidak rugi malah mendapat kemenangan di akhirat.

Sebolehnya selesaikanlah urusan sesama manusia di dunia, usah dibawa dendam dan rasa tidak puas hati ke akhirat.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   Gara-Gara Terdesak, Tergamak Seorang Ibu Menjual Video Anak Sendiri Kepada Pedofil Dengan Harga Yang Murah