Lepas Didapati Bersalah Langgar Peraturan KKM, Liana Rosli Beri Jaminan Produknya Tiada Masalah

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Peniaga jamu kontroversi Liana Rosli memberi jaminan produknya Sweet Dara khusus merawat masalah dalaman wanita selamat dimakan dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Anak pelakon veteran Normah Damanhuri itu membuat kenyataan selepas selesai prosiding di Mahkamah Petaling Jaya melibatkan tuduhan terhadap kakaknya yang memiliki produk tanpa kelulusan KKM.

“…yang pasti bukan jamu Kak KM. Ia melibatkan produk yang satu lagi kerana lambat keluar kelulusan KKM. Kes pun sudah selesai.

“Tak perlu risau semua produk Kak KM ada kelulusan tanpa was-was,” katanya dalam video di Instagram.

Pagi tadi mahkamah mendenda Rose Azlin Rosli, 46, sebanyak RM10,000 selepas mengaku bersalah memiliki 99 paket produk KM Sampah Cleanse mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Mengulas lanjut, Liana berkata kejadian disebabkan ada ‘pengkhianat’ yang iri hati dengan perniagaan keluarganya.

“Biasalah bila dah kaya, berniaga maju, laris, mulalah datang pengkhianat yang dengki. Kita tak buat salah apa-apa.

“Itu kes dahulu, baru nak kemukakan, benda dah selesai,” katanya.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   “Ramai Yang Mencuba Nasib Masuk Ke Masjid Tapi Maaf….”