Sebulat Suara Menyokong, Sabah Bakal Terima Ketua Menteri Baru Datuk Seri Hajiji Noor

KUALA LUMPUR, 28 Sept — Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dipilih sebagai ketua menteri baru dan dijadual mengangkat sumpah esok.

Perkara itu diumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karanaan Datuk Seri Masidi Manjun di Twitter.

“DSP (Datuk Seri Panglima) Hajiji Mohd Noor adalah ketua menteri Sabah yang baru. Beliau dijangka mengangkat sumpah esok pagi,” catatnya di Twitter.

Sementara itu, Hajiji dalam sidang media di Kota Kinabalu pagi tadi berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sepakat memilihnya, termasuk sokongan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS), lapor BH Online.

Namun katanya calon timbalan menteri hanya akan dibincangkan selepas majlis di Istana Negeri esok.

Hajiji mendapat 5,919 undi DUN Sulaman mengalahkan calon Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan).

GRS membentuk kerajaan selepas menang majoriti 38 kerusi DUN dalam pilihan raya negeri Sabah kelmarin.

Manakala Warisan Plus yang membentuk kerajaan terdahulu mendapat 32 kerusi dan Bebas (3).

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Kes Rasuah RM3 Juta, Nasib Isa Samad Ditentukan Esok, Bela Diri Atau Dilepaskan?