Dia Punya Bersih Macam Dari Kilang, Tak Payah Sental Kuat-Kuat, Ini Cara Hilangkan Minyak Pada Bekas Plastic Dengan Cepat!

Tidak dinafikan, bekas plastik atau nama popularnya ‘tupperware’ sering jadi pilihan untuk meletakkan makanan sebagai bekalan untuk dibawa ke pejabat.

Namun yang sering menjadi masalah apabila membawa makanan berminyak seperti sambal yang menyukarkan untuk mencucinya.

Pemilik akaun twitter menggunakan nama @ajezzzzzzz berkongsi cara mudah untuk membersihkan kotoran berminyak yang melekat pada bekas plastik ini.

Cara Mudah Bersihkan Kesan Minyak Bekas Plastik

1. Letakkan sabun pencuci pinggan

Letak sabun secukupnya.

2. Masukkan air secukupnya.

Letak air.

3. Masukkan juga sekeping tisu dapur.

Letak tisu.

4. Kemudian tutup bekas dan goncang kuat.

Goncang kuat.

5. Akhir sekali buang campuran dan tisu dan cuci menggunakan air bersih. Hasilnya bekas plastik bersih licin.

Hasilnya bersih licin.

Jadi mudah sangat untuk mencucinya dan anda tidak perlu buang bekas plastik kerana masih boleh digunakan semula. Malah hasilnya seperti bekas yang baru dibeli.

kredit vanilla kismis

Artikel Berkaitan   “Kenapa Dari Awal Tak Cerita Hal Sebenar, Anak Aku Kena Pukul Sampai Patah, Ustaz Dengan Murid Menipu Kata Jatuh Tangga”