Bukan Senang Nak Kawal Kemarahan, Ini Cara Rasulullah Ajar Umat Islam Semasa Marah

Kemarahan itu satu emosi semua manusia sudah pasti akan rasa, emosi akan datang dan pergi. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW pernah berkata, “Saya berjanji sebuah rumah di tengah-tengah Jannah bagi orang-orang yang mengelakkan pertengkaran walaupun dia itu benar.”

Sebagai contoh, jika seseorang itu mengejek kamu walaupun mereka tidak mempunyai hak melakukan itu. Dan anda mempunyai Haqq (kebenaran), dalam keadaan yang anda berhak untuk bersuara tetapi memilih untuk tidak melawan kata-kata mereka dan menahan kemarahan anda.

Anda rendahkan ego, kawalkan nafsu kemarahan dan tidak bertengkak dengan orang jahil. Walaupun anda mempunyai kebenaran, ataupun anda tahu kenyataan anda itu benar, tetapi masih mampu menyerah dan tidak bertengkar. Ganjaran anda bakal menunggu di Jannah.

Sebab itu, Islam menganjurkan supaya kita sentiasa berdiam diri ketika berada dalam kemarahan. Kerana kita tak yakin dapat mengawal kata-kata kesat yang bakal keluar dari mulut ketika kita marah. Oleh itu, Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Jika salah seorang antara kamu marah sedang pada saat itu dia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah dia duduk. Namun jika tidak hilang juga marahnya, maka hendaklah dia berbaring.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

kredit zayan

Artikel Berkaitan   Gajah Bekerja Tanpa Henti Bawa Pelancong Tiba-Tiba Rebah Dan Mati, Ini Mencetus Kebangkitan Kumpulan Asasi