Hati-Hati Guys! Lelaki Diserang Sejenis Hidupan Tanah Sehingga Menyebabkan Otaknya Menjadi Cair Lalu Meninggal

Seorang lelaki yang juga pekebun mengalami mimpi ngeri selepas terkena jangkitan daripada tanamannya, sehingga menyebabkan separuh daripada otaknya mencair.

Jangkitan dilaporkan terjadi selepas beliau menguruskan tanamannya dirumah.

Selepas terkena jangkitan itu, lelaki berusia 82 tahun ini menjadi lemah dan tidak bermaya, menyebabkan dia dikejarkan ke hospital.

Pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan dijangkiti sejenis hidupan yang dikenali sebagai amoeba, yang biasa wujud dalam tanah, sehingga menyebabkan otaknya menjadi rosak teruk.

Akibat daripada itu juga, lelaki berkenaan turut dilaporkan maut.

Pakar perubatan turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam menguruskan tanaman, dan menggunakan peralatan yang betul termasuk sarung tangan bagi mengelakkan berlaku jangkitan.

kredit era

Artikel Berkaitan   "”Adik”(Buaya) Sentiasa Teman Ketika Menonton Televisyen Dan Menyiapkan Kerja Sekolah, Malah Turut Tidur Di Katil”