Ramai Bertanya, Inilah Hukum Sebenar Cukur Bulu Kaki Lelaki Dan Wanita Dalam Islam

Sering sekali menjadi pertanyaan orang ramai, boleh kah kita ingin mencukur bulu kaki atau bulu tangan mahupun bulu dada.

Ada yang menyatakan boleh sahaja. Ada yang kata haram. Jadi ini sedikit pencerahan.

Para ulama sudah mengkategorikan hukum mencukur bulu-bulu yang ada pada anggota badan kepada 3 bahagian iaitu:

Bulu-bulu yang diperintahkan untuk mencukurnya

Bulu kemaluan, bulu ketiak dan misai

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ ـ أَوْ خَمْسٌ مِنَ الْفِطْرَةِ ـ الْخِتَانُ، وَالاِسْتِحْدَادُ، وَنَتْفُ الإِبْطِ، وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ، وَقَصُّ الشَّارِبِ

Maksudnya: Fitrah itu ada lima – atau lima perkara yang menjadi fitrah – adalah berkhatan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku, dan memotong misai.

Riwayat Al-Bukhari (5889)

Bulu-bulu yang dilarang untuk mencukurnya

Janggut (tidak haram bagi wanita) dan menipiskan bulu kening

أَحْفُوا الشَّوَارِبَ وَأَعْفُوا اللِّحَى

Maksudnya: Cukurlah misai-misai, dan biarkanlah jangut-janggut.

Riwayat Muslim (259)

خَالِفُوا الْمُشْرِكِينَ، وَفِّرُوا اللِّحَى، وَأَحْفُوا الشَّوَارِبَ

Maksudnya: Berbezalah kalian dengan orang musyrikin, kekalkan janggut dan potonglah misai.

Riwayat Al-Bukhari (5892)

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: Allah S.W.T melaknat para pembuat tatu dan mereka yang meminta untuk dibuatkan tatu untuknya, para wanita yang mencukur bulu kening serta wanita yang meminta untuk dibuang bulu keningnya, dan orang yang menjarangkan gigi-gigi mereka yang mengubah ciptaan Allah.

Riwayat Muslim (2125)

Bulu-bulu yang didiamkan oleh syarak

Bulu dada, bulu betis, bulu paha, bulu hidung dan bulu yang terdapat di lengan

الْحَلاَلُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ وَالْحَرَامُ مَا حَرَّمَ اللَّهُ فِي كِتَابِهِ وَمَا سَكَتَ عَنْهُ فَهُوَ مِمَّا عَفَا عَنْهُ

Maksudnya: Halal itu adalah apa-apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, dan haram itu adalah apa-apa yang Allah haramkan di dalam kitab-Nya. Dan apa-apa yang Allah diamkan tentangnya (hukumnya) maka ia termasuk di antara perkara yang dimaafkan.

Riwayat Ibn Majah (3367)

Artikel Berkaitan   Risiko Besar Menanti Anda Jika Duduk Dalam Tandas Yang Ditampal Kertas Dinding! Ini Penyakit Yang Akan Datang!

kredit zayan