Janganlah Pelik, Ini Sebenarnya Punca Nyamuk Selalu Je Nak Gigit Anda! Rupanya Anda Ada Ciri-Ciri Ini!

Nyamuk adalah serangga yang mampu jadikan anda tidak senang duduk.

Seorang profesor emeritus dari Universiti Florida, Jerry Butler telah menyatakan bahawa 1 daripada 10 orang adalah mereka yang menarik perhatian nyamuk.

Untuk pengetahuan, hanya nyamuk betina sahaja yang akan menggigit manusia kerana mereka memerlukan sumber protein dari darah manusia untuk membenihkan telur serta menghasilkan lebih banyak anak.

Walaupun nyamuk mempunyai saiz yang kecil, ia sebenarnya merupakan serangga yang mempunyai deria melihat yang efektif dan bertambah baik pada waktu lewat petang.

Teknik pertama yang digunakan nyamuk betina sebelum menggigit mangsa adalah dengan menggunakan deria melihat untuk mensasarkan mangsa yang memakai pakaian berwarna gelap, seperti hitam, biru pekat, atau merah.

Nyamuk tertarik kepada mereka yang mempunyai kadar metabolik yang tinggi seperti wanita mengandung dan juga mereka yang kerap minum minuman berakohol.

Selain itu, nyamuk juga tertarik dengan asid laktik yang sering kali terhasil apabila seseorang itu berpeluh. Ini bermakna, mereka akan lebih terdedah untuk digigit nyamuk sekiranya baru sahaja selesai berlari ataupun workout di gim.

Dalam pada itu, seseorang individu akan mengalami peningkatan suhu badan disebabkan oleh kadar metabolik yang meningkat selepas bersukan atau melakukan aktiviti lasak. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan nyamuk lebih tertarik kepada mereka.

Beberapa kajian juga mendakwa bahawa nyamuk lebih tertarik kepada mereka yang mempunyai darah jenis O berbanding mereka yang mempunyai jenis darah A dan B.

kredit i am lejen

Artikel Berkaitan   Gadis Sakit Telinga 2 Hari Terjawab Bila Temui Cicak Dalam Telinganya