Pelanggan Beli Barang Lain Dapat Barang Lain Pulak,Tapi Komen Seller Ni Tarik Perhatian

Setiap daripada kita pasti pernah mengalami situasi dimana barang yang dibeli tidak sama seperti barang yang sampai ke rumah ketika membeli barangan secara atas talian. Lebih mengejutkan apabila barang yang sampai terbabit, tidak sama seperti yang dibayangkan.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @Avie_Bunny dimana terdapat seorang pelanggan yang membeli sepasang kasut sukan melalui aplikasi mudah alih iaitu Shoppe. Walau bagaimanapun, pelanggan itu tidak berpuas hati dengan kualiti kasut berkenaan kerana didapati kasut tersebut berjenama tiruan.

Oleh disebabkan itu, pelanggan tersebut telah memberikan review yang jujur mengenai produk terbabit sambil meninggalkan rating yang rendah di aplikasi tersebut. Namun begitu, lain pula yang jadi apabila penjual tersebut memberikan respon yang melucukan.

Rata-rata warga netizen berasa terhibur dengan tindak balas yang diberikan oleh peniaga tersebut di samping terdapat segelintir warganet yang turut menyatakan mereka akan berbuat demikian sebagai peniaga.

”Saya sebagai seller”, kata salah seorang warga netizen yang meninggalkan komen di ruangan akaun terbabit. Video yang berdurasi selama beberapa saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima 12.9 ribu ulang kicau menerusi laman Twitter terbabit.

“Hehe ni mood saya bila…”

“Tak boleh berhenti ketawa…”

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Video Aksi Spontan 2 Kanak-Kanak Bertemu Selepas Kuarantin Lama Tidak Jumpa Buat Netizen Terharu