Berita Gembira Dah Tak Perlu Beratur Panjang, Lesen Kereta Dah Boleh Diperbaharui Guna Online

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan bahawa pembaharuan lesen memandu boleh dilakukan secara atas talian.

Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal sudah boleh dilakukan secara atas talian bermula 9 Oktober lalu, manakala Competent Driver’s License (CDL) akan boleh dilakukan mulai 16 Oktober depan.

Bagaimanapun, pembaharuan ini tidak termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL) dan juga Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Pembaharuan lesen secara atas talian ini adalah melalui sistem myEG, bagi memudahkan urusan orang ramai dan juga selaras dengan norma baharu yang sedang dipraktikkan.

SIARAN MEDIA PEMBAHARUAN LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM) MOTOSIKAL DAN LESEN MEMANDU KOMPETEN (CDL) SECARA ATAS TALIAN MELALUI SISTEM MYEG

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Khamis, 1 Oktober 2020

kredit era

Artikel Berkaitan   “Saya Yang Membelinya Sosej, Masa Tengah Makan Dia Terjatuh Dan Lidi Tajam Termasuk Ke Dalam Mulut Sampai Tercucuk Ke Otak”