2 Kali Diserang B4rah, 15 Kali Radi0terapi, Hidup Dalam Kemurungan, Gadis Kongsi Rahsia Bebas Dari Bar4h

“Saya anggap penyakit seperti rakan, bukan musuh dan cuba cari ikhtiar untuk merawatnya sehingga sembuh,” demikian luah bekas penghidap b4rah limf0ma, Wasilatur Razinah Yutiman. Peniaga pasar tani dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Wasilatur, 28, boleh digelar wanita yang tabah kerana bukan sekali tetapi dua kali dia diuji dengan b4rah limfoma dalam tempoh dua tahun iaitu pada 2017 dan 2019.

Berkat kesabaran dan sokongan keluarga, Wasilatur yang menetap di Kampung Serting Ilir, Bahau, Negeri Sembilan mampu melalui fasa ujian itu dengan hati yang reda. Lebih menggembirakannya apabila disahkan bebas daripada penyakit itu Mei lalu selepas menjalani rawatan disyorkan doktor.

Berkongsi pengalamannya sebagai penghidap b4rah, Wasilatur berkata, doktor mengesahkannya menghidap b4rah pada Jun 2017 selepas melakukan pemeriksaan berikutan terdapat benjolan pada lehernya. “Macam tidak percaya kerana tiada ahli keluarga yang pernah mengalaminya jadi berita itu membuatkan saya murung dan menangis di dalam bilik selama seminggu.

“Keluarga yang banyak beri sokongan dan mengembalikan semangat saya untuk meneruskan hidup seperti biasa. Lagipun, sampai bila hendak menangis kerana ramai lagi yang lebih susah dan hidup menderita daripada saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Wasilatur, dia pernah menjalani 15 sesi rawatan radi0terapi dan 12 sesi kem0terapi ketika kali pertama menghidap b4rah sebelum disahkan sembuh pada September 2018. Namun, kelegaannya cuma seketika apabila penyakit itu kembali menyerangnya pada Mei tahun lalu.

“Doktor mengesahkan saya menghidap b4rah kali kedua selepas melakukan pemeriksaan kerana terdapat bengkak di tengah d4da. Jujurnya, saya sudah bersedia sebelum menerima pengesahan doktor lagi kerana pernah melalui fasa sama sebelum itu. Jadi, saya ikut saja nasihat doktor dan jalani rawatan disyorkan iaitu sembilan kaki sesi kem0terapi diikuti pemindahan tulang sum-sum pada Disember lalu,” katanya.

Artikel Berkaitan   “Cikgu Kerusi Saya Basah.” Bila Murid Ini Bangun Semua Yang Lain Bertempiaran Lari Keluar Kelas

Wasilatur berkata, penyakit dihidapinya sedikit pun tidak memberi kesulitan untuknya melakukan rutin harian dan pekerjaan seperti biasa. “Seminggu saja bersedih kemudian saya kembali kerja seperti biasa, pagi berniaga di pasar tani, sebelah petang pula mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Muda Serting.

” Di samping itu, saya juga aktif mendaki sejak Julai lalu dan sehingga kini sudah menawan empat puncak bukit iaitu Bukit Taisho, Senaling, Batu Putih dan Sikai serta dua gunung, Angsi dan Datuk. Semua ini tidak dapat saya lakukan tanpa sokongan insan sekeliling terutama keluarga, rakan , doktor dan jururawat yang selama ini membantu. Diharap, pesakit lain terus cekal dan jangan sesekali berputus asa sebaliknya percaya ada hikmah dj sebalik ujian diberi,” katanya.

kredit harian metro